Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah merasmikan inisiatif Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA yang mesra pembeli itu dapat membuka lebih banyak peluang kepada Keluarga Malaysia khususnya golongan muda dan berpendapatan pertengahan untuk memiliki rumah PRIMA tanpa bimbang mengenai pinjaman.
Apakah Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA?
Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA adalah selari dengan Aspirasi Keluarga Malaysia serta Kempen Pemilikan Rumah ‘Home Ownership Programme’ (HOPE) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
SJKP telah diperuntuk sejumlah RM2 bilion untuk membantu memberi jaminan dan memudahkan kumpulan yang tidak mempunyai penyata gaji membuat pinjaman perumahan.
Inisiatif ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri di Residensi Larkin Indah pada 4 Mac 2022 yang lalu.
Usaha itu membuktikan komitmen kerajaan yang ingin melihat Keluarga Malaysia mendapat akses kepada pembiayaan perumahan seperti PR1MA dengan lebih mudah dan luas, selari dengan aspirasi memperkasa pemilikan rumah mampu milik bagi golongan B40 dan M40 tanpa menanggung beban kewangan yang berat melalui program perumahan mampu milik.
Baca juga: Pembayaran BKM Fasa 1
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Bujang atau berkahwin, berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah individu atau gabungan (suami & isteri) antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan (pendapatan kasar)
- Rumah PR1MA boleh dibeli sebagai rumah pertama atau kedua sahaja
- Rumah PRIMA mesti diduduki oleh pemilik dan penyewaan tidak dibenarkan.
Harga
Harga di antara RM100,000 sehingga RM400,000 seunit, secara purata 20% lebih rendah daripada harga pasaran diluar sana.
Baca juga: MyBSN Login Online – Cara Daftar & Semak BSN
Cara Permohonan
Untuk permohonan, boleh rujuk pautan yang disediakan:
https://www.pr1ma.my/elh/eligibility-homes/bm#sectionstep
Projek Terkini Rumah PRIMA
Senarai Projek Terkini Rumah PRIMA seluruh negara boleh disemak di laman web berikut:
https://www.pr1ma.my/pr1ma-properties/hms/homes/bm
Maklumat Lanjut
- 03-7628 9898
- [email protected]
- https://www.pr1ma.my/
- https://www.sjkp.com.my/soalan-lazim