Berita Baik! Wanita yang berminat untuk menceburi perniagaan francais kini boleh mendapat latihan dan pembiayaan menerusi Program Successful Woman Entrepreneurship Engagement Talent Program (SWEET) di bawah Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).
Program SWEET
SWEET merupakan program khas untuk wanita Bumiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan berminat dalam perniagaan francais dan pra-francais.
Menerusi program ini, peserta berpeluang mengikuti latihan berstruktur, padanan perniagaan, bantuan pembiayaan dan akan dipantau selama 6 bulan sebaik mereka memulakan operasi perniagaannya.
Baca Juga: Bantuan Modal Perniagaan RM20,000 Untuk 1000 Usahawan
Jumlah Pembiayaan
- Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM500,000 yang berasaskan konsep kewangan Islam iaitu Tawarruq.
- Kadar pembiayaan yang ditawarkan tersebut adalah sebanyak 3.75%.
Syarat Kelayakan Peserta
- Wanita berumur 21 tahun-60 tahun.
- Pemegang saham utama syarikat mestilah wanita dan memegang sekurang-kurangnya 60% saham dalam syarikat.
Syarat Kelayakan Syarikat
Syarat kelayakan pembiayaan pemegang francais adalah seperti berikut:
- Usahawan ialah pemilik/pengendali syarikat.
- Francaisor/Pemegang Francais Induk telah berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF).
- 100% ekuiti syarikat dimiliki oleh Bumiputera
- Permohonan maksimum pembiayaan melalui syarikat Sdn. Bhd adalah sehingga RM500,000. Walau bagaimanapun, permohonan maksimum pembiayaan oleh Milikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) adalah terhad sehingga RM250,000 sahaja.
- Mempunyai surat tawaran daripada Francaisor Induk/Pemegang Francais Induk.
- Perniagaan mestilah patuh Syariah.
- Usahawan mestilah mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit Pernas.
Bagi syarat kelayakan untuk pembiayaan Pra-Francisee adalah seperti berikut:
- Usahawan ialah pemilik/pengendali syarikat.
- Permohonan maksimum pembiayaan melalui syarikat Sdn.Bhd untuk pembiayaan sehingga RM500,000. Walau bagaimanapun, permohonan maksimum pembiayaan oleh Milikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) terhad sehingga RM 250,000 sahaja.
- Syarikat adalah 100% dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera.
- Mempunyai surat tawaran daripada Pra-Francaisor.
- Perniagaan mestilah patuh Syariah.
- Usahawan mesti mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit Pernas.
Cara Memohon
Anda boleh ikuti langkah-langkah seperti dibawah:
- Sila layari laman web PERNAS iaitu https://pernas.my/byob/sweet-program/.
- Boleh klik pada butang ‘Click Here to Regsiter.’
- Sila masukkan email dan klik butang ‘Next.’
- Isi maklumat dalam setiap paparan dan klik butang ‘Next.’
- Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dengan klik pada butang ‘Submit.’
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai program SWEET, sila hubungi pegawai Pernas melalui email [email protected].