Mohon Pembiayaan Khas Usahawan Wanita PKS Dengan BI WinBiz


Bank Islam telah menawarkan pembiayaan khas dibawah program BI WinBiz untuk usahawan wanita yang ingin meningkatkan perniagaan mereka.

Bank Islam Women in Business Financing Programme (BI WinBiz) ialah produk pembiayaan yang diwujudkan untuk usahawan Wanita di Malaysia yang menjalankan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi menampung perbelanjaan modal kerja dan modal perniagaan mereka.

Tujuannya adalah untuk menggalakkan usahawan wanita PKS untuk memajukan perniagaan mereka dalam bidang perniagaan.

Mohon Pembiayaan Khas Usahawan Wanita PKS Dengan BI WinBiz 1

Baca juga:


Jumlah Pembiayaan:

Jumlah pembiayaan adalah minimum RM100,000 dan maksimum RM1 juta.

Tempoh Pembiayaan:

Kadar pembiayaan: 1.5% setahun.

Tempoh pembiayaan: Sehingga 7 tahun.


Skop Pembiayaan:

2 skop pembiayaan yang boleh digunakan:

  • Modal Kerja.
  • Perbelanjaan Modal (CAPEX).

Syarat Kelayakan:

Berikut adlah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

  1. Pemohon mestilah seorang usahawan wanita PKS.
  2. Pemohon mestilah mempunyai Syarikat Sendirian Berhad, Perkongsian Liabiliti Terhad, Perkongsian, Pemilikan Tunggal, dan Penyedia Perkhidmatan Profesional.
  3. Perniagaan pemohon mestilah beroperasi tidak kurang daripada 2 tahun dan masih aktif.
  4. Pemohon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 51% saham syarikat dimiliki oleh wanita warganegara Malaysia.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:


Langkah 1: Layari laman sesawang portal BI WinBiz.

Langkah 2: Klik butang ‘Apply Now.’

Langkah 3: Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.


Langkah 4: Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal BI WinBiz atau bertanya melalui email [email protected].




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3