Home » Bantuan » Positif Covid-19 Boleh Mohon MySalam Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif. Senang Je Mohon!

Positif Covid-19 Boleh Mohon MySalam Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif. Senang Je Mohon!

Cara Mohon MySalam COVID-19 Bayaran Penggantian Pendapatan

Anda Positif Covid-19? Langsung tak boleh kerja atau berniaga.

Tidak perlu risau, kerajaan ada sediakan bantuan tunai atau tuntutan manfaat penggantian pendapatan yang dikenali sebagai MySalam Covid-19.

Cara Mohon MySalam Covid-19 Bayaran Penggantian Pendapatan

Rujuk maklumat lanjut di bawah jika anda ingin menuntut Mysalam Covid-19:

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN? Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di https://t.me/bantuankerajaan

Jumlah Bantuan MySalam Covid-19

  1. RM50/sehari
  2. Terhad kepada 14 hari setahun (Maksimum RM700)

Syarat Kelayakan MySalam Covid-19

Penerima MySalam Covid-19 mestilah merupakan penerima sedia ada skim MySalam iaitu golongan B40 (penerima BSH) dan juga golongan M40 (bukan penerima BSH dan berpendapatan kasar tahunan tidak lebih RM100,000). Justeru bagi penerima manfaat MySalam, tuntutan boleh dibuat bagi situasi berikut:

  1. Pesakit yang disahkan Positif Covid-19 (B40 & M40)
  2. Disyaki Covid-19 & ditahan di pusat kuarantin KKM sebagai pesakit di bawah siasatan atau PUI (B40)
  3. Disyaki Covid-19 & diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri sebagai pesakit di bawah siasatan atau PUI (B40)

*Takrifan PUI boleh rujuk: (PUI) Kementerian Kesihatan Malaysia

NOTA: Perlu diingatkan, sebarang tuntutan MySalam Covid-19 bagi self-quarantine atau kuarantin secara sukarela tanpa arahan KKM tidak akan dibayar.

Baca juga: Semakan BPR Rayuan – Status Permohonan & Tarikh Rayuan BPR Online 2021

Cara Mohon Tuntutan MySalam Covid-19

Sekiranya korang melepasi syarat yang dinyatakan di atas, bolehla membuat tuntutan melalui dua cara iaitu:

1. Secara Online

  1. Log masuk ke Portal MySalam dengan memasukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan
  2. Klik Tuntutan diikuti dengan Penyerahan Tuntutan
  3. Klik Tuntutan Hospitalisasi mengikut kategori pesakit:
    • Pesakit Positif Covid-19
    • Disyaki Covid-19 & ditahan di pusat kuarantin KKM
    • Disyaki Covid-19 & diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri
  4. Isikan butiran yang diperlukan berikut:
    • Tarikh masuk wad/mula kuarantin
    • Tarikh keluar wad/tamat kuarantin
    • Nama hospital/premis bukan hospital (bagi kes kuarantin)
  5. Seterusnya muatnaik (upload) dokumen berikut dan klik Lampirkan
    • Kad Pengenalan (depan dan belakang)
    • Nota discaj (kemasukan wad sahaja)
    • Surat Perintah Kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja)
  6. Klik Hantar kemudian klik Saya Setuju dan permohonan akan diproses
  7. Status tuntutan berkait Covid-19 akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan disahkan oleh penilai MySalam Covid-19. Untuk menyemak status, klik butan Status Tuntutan

2. Secara Manual

Pesakit boleh membuat tuntutan secara manual ataupun pergi ke mana-mana kiosk MySalam berdekatan anda dengan membawa salinan Kad Pengenalan & Dokumen yang diperlukan.

Dokumen yang diperlukan ialah:

Senarai Kios MySalam yang anda boleh rujuk: Rujuk FAQ MySalam No 28

Baca Juga: Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat & SOP Mengikut Fasa PPN Bermula 3 Oktober 2021

Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, Sila hubungi talian 1 300 888 938 ataupun emel ke [email protected]

Penafian – Semua yang admin share dihalaman ini sekadar tutorial dan ringkasan yang related dengan “Positif Covid-19 Boleh Mohon MySalam Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif. Senang Je Mohon!” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!