Khas buat anak-anak Selangor yang bakal memasuki institusi pengajian tinggi, hadiah sebanyak RM1,000 ditawarkan melalui HPIPT 2022.
Apakah Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi?
Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang memberi bantuan RM1,000 khusus kepada anak – anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.
Syarat Permohonan
Cara Permohonan HPIPT 2022
- Permohonan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) Kerajaan Negeri Selangor boleh dibuat secara atas talian (Online) dengan melayari laman web Sistem Permohonan HPIPT: http://hpipt.selangor.gov.my.
- Pemohon diminta untuk sentiasa melayari laman web HPIPT bagi mendapatkan sebarang informasi berkaitan HPIPT.
- Pemohon dikehendaki membaca dan mematuhi syarat – syarat kelayakan permohonan sebelum membuat sebarang permohonan.
- Pemohon boleh membaca Manual Panduan Permohonan (Online) menerusi laman web tersebut sebagai rujukan.
- Pemohon diminta untuk melngkapkan permohonan di atas talian serta menghantar salinan asal Borang Pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh pihak IPTA / IPTS.
- Salinan asal borang tersebut perlu dihantar kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos SEBELUM TARIKH TUTUP di alamat seperti berikut:
- Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam
- Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
NOTA: Dokumen sokongan perlu dihantar melalui Pos Sahaja.
DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN
- Sijil Kelahiran
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
- Kad Pengenalan
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa pemohon;
- Salinan Sijil Kematian sekiranya telah meninggal dunia;
- Salinan Surat Perakuan Cerai sekiranya berkaitan; dan
- Surat Akuan Sumpah sekiranya berkaitan;
- Surat Pengesahan Pemastautin
- Surat Pengesahan Mastautin daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok / Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja);
- Surat Tawaran
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT;
- Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-6 dan Menengah 1-5);
- Penyata Pendapatan atau Pengesahan Pendapatan
- Salinan Penyata Pendapatan / Slip Gaji Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika masih bekerja); atau
- Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri / tidak bekerja / bersara) dengan pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok / Pengerusi KRT; atau
- Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa / Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan)
- Salinan Penyata Akaun Bank (Pemohon)
Semakan Status & Proses Bayaran
- Hanya permohonan yang MENEPATI SYARAT dan didapati LENGKAP sahaja yang layak dipertimbangkan untuk proses bayaran.
- Bayaran hadiah berjumlah RM1,000 akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang telah dinyatakan di dalam permohonan.
- Setiap pemohon hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.
- Pemohon dikehendaki menyemak status pembayaran satu (1) bulan daripada tarikh hantar borang permohonan kepada pihak Urus Setia.
- Untuk semakan status pembayaran, sila layari Sistem Permohonan HPIPT; http://hpipt/selangor.gov.my.
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka bermula 1 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi Urus Setia Hadiah Pengajian IPT:
Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam.
No. Telefon : 03- 5544 7385 / 03-5521 2306
No. Faks : 03-5510 4095 / 03-5511 0659
Ataupun layari : http://hpipt.selangor.gov.my