Mohon i-Fitri Perantau RM300 sebelum 20 April 2023

Mohon i-Fitri Perantau RM300 sebelum 20 April 2023
Mohon i-Fitri Perantau RM300 sebelum 20 April 2023

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah sumbangan tunai yang dikenali sebagai Bantuan i-Fitri Perantau bagi tahun 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini

Bantuan i-Fitri Perantau


Bersempena dengan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, bantuan i-Fitri Perantau telah sekali lagi diperkenalkan dengan kadar sebanyak RM300 kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Syarat-syarat Kelayakan


    • RakyatTerengganu menetap di luar Terengganu (PERANTAU);
    • Pemohon / pasangan adalah pengundi berdaftar di Terengganu;
    • Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan;
    • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500 (termasuk gaji dan semua elaun);
    • Penjawat awam dan lantikan Kerajaan yang menerima elaun bulanan serta penerima bonus raya daripada kerajaan adalah tidak layak;
    • Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan;
    • Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu kemukakan Akuan Pendapatan yangtelah disahkan oleh Penghulu Mukim / Pengerusi JPKK/ Pegawai Kerajaan yang berkelayakan;
  • Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan;
  • Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak benar dan tidak lengkap.

Cara Memohon


Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan i-Fitri bokeh dibuat secara dalam talian (online) di sistem i-Bantuan.

  • Permohonan baru dan penerima i-Fitri Perantau tahun 2022 hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:
  • Salinan Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran bagi pemohon dan tanggungan;
  • Salinan Slip Gaji dan slip pencen terkini / Surat Akuan Pendapatan;
  • Salinan Surat Akuan Pemastautin / Salinan Bil Elektrik/ Air.

1 thought on “Mohon i-Fitri Perantau RM300 sebelum 20 April 2023”

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3