Mohon Bantuan RM1,000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2020

Mohon Bantuan RM1,000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2020 2

Adakah anda maklum bahawa Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah memperkenalkan satu alternatif penabungan simpanan khusus untuk anak-anak jati negeri Sarawak yang dinamakan sebagai Endowment Fund Sarawak (EFS).

EFS merupakan satu simpanan khusus untuk anak yang lahir di negeri Sarawak yang berfokuskan untuk mendokong anak kelahiran Sarawak sebagai paersediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau boleh diguna pakai sebagai modal kecil perniagaan.


AMAUN BANTUAN EFS


Jumlah bantuan yang akan dikreditkan adalah sebanyak RM1,000 dalam bentuk simpanan.


SYARAT KELAYAKAN WAJIB EFS


Dibawah merupakan syarat kelayakan wajib untuk bantuan EFS:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
  • Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus “K”; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.
  • Kategori anak angkat:
  • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”
  • Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah

CARA MOHON BANTUAN EFS


Permohonan boleh dibuat di kesemua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sarawak dengan membawa:

  • Borang permohonan EFS – Muat Turun Borang
  • Salinan sijil lahir bayi
  • Salinan MyKAD/Biometrik ibu atau bapa yang berstatus “K”

**Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai JPN


PERTANYAAN LANJUT


Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh layari laman web isarawakcare atau hubungi talian KPWKK di 082-442050


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3