Home » Portal Rasmi » Modal Perniagaan Francais Mikro Sehingga RM100,000

Modal Perniagaan Francais Mikro Sehingga RM100,000

Berita baik bagi para peniaga, Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat baru di mana pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memperuntukkan RM5 juta untuk peniaga.

Peruntukan ini dinuat untuk menggalakkan lebih ramai pemilik perniagaan bagi mengembangkan perniagaan mereka menerusi model Francais Mikro dan Mampu Milik.

Dipetik dari Berita Harian, Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata peruntukan itu adalah bagi melaksanakan pelbagai Program Pembangunan Francais Mikro dan Mampu Milik antaranya latihan, advokasi dan khidmat nasihat yang diperlukan francaisor dan francaisi di Malaysia khususnya anak muda.

Baca Juga : Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan MARA Khas Wanita Sehingga RM50K

Model Francais Mikro dan Mampu Milik

“KPDNHEP mengalu-alukan lebih banyak perniagaan untuk melebarkan dominasi perniagaan mereka menerusi model Francais Mikro dan Mampu Milik ini yang dalam masa sama dapat membuka peluang terutama kepada generasi muda untuk menjadikan perniagaan francais sebagai cabang pulangan ekonomi buat mereka.

“Ramai kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan akibat COVID-19. Jadi dengan usaha merancakkan model perniagaan Francais Mikro dan Mampu Milik ini, ia dapat membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada anak muda serta golongan M40 dan B40,” katanya, di sini hari ini.

Kementerian juga telah menyeru usahawan francais (francaisor) sedia ada untuk memperkenalkan pakej francais baharu yang mengenakan modal permulaan dan kos pakej francais yang lebih rendah, dalam usaha menggalakkan lebih ramai anak muda & golongan M40 dan B40 menceburi perniagaan francais ini.

Modal Permulaan sebanyak RM50,000 hingga RM100,000

Kata Baliau, KPDNHEP sangat serius dalam usaha membangun serta memajukan perniagaan francais di negara ini terutama bagi model Francais Mikro dan Mampu Milik yang membabitkan modal permulaan & kos pakej francais yang lebih rendah iaitu di bawah RM100,000 (francais mampu milik) dan RM50,000 (francais mikro).

Baca Juga : Rumah Mampu Milik B40 2021, Permohonan Kini Dibuka!

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh hubungi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di talian: 03-8000 8000

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Penafian – Semua artikel portalamalaysia kongsikan diatas sekadar panduan dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Modal Perniagaan Francais Mikro Sehingga RM100,000” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!