Dalam menghadapi wabak pandemik, TEKUN telah mengambil langkah proaktif untuk membantu rider-rider motosikal di luar sana yang berdaftar melalui syarikat “e-hailing” dalam beberapa insentif melalui TEKUN Mobilepreneur.
Apa itu TEKUN Mobilepreneur?
TEKUN Mobilepreneur terbahagi kepada dua (2) versi iaitu Mobilepreneur V1.0 dan Mobilepreneur V2.0.
Mobilepreneur V1.0
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Sejak April 2020 sehingga kini TEKUN Mobilepreneur telah melaksanakan tawaran pembiayaan sehingga RM 2, 000 untuk modal pusingan dan baikpulih motorsikal (Interest Free) kepada rider E-hailing.
Mobilepreneur V2.0
Program ini pula adalah untuk pemohon yang berdaftar dengan syarikat E-hailing dan melepasi syarat-syarat yang ditetapkan. Pembiayaan maksima TEKUN Mobilepreneur bagi V2.0 ini pula adalah sehingga RM 10, 000 bagi pembelian modal motosikal baharu dan modal pusingan.
Cara Mohon Mobilepreneur V1.0
Adakah anda bekerja di industry E-hailing ataupun membuat kerja sampingan sebagai E-hailing? Jika anda salah seorang daripada pekerja tersebut anda boleh membuat permohonan Mobilepreneur V1.0 ini. Di bawah saya kongsikan bagaimana cara untuk memohon Mobilepreneur V1.0
Langkah 1 : Seterusnya, sila ke laman web Tekun Nasional untuk memuat turun borang permohonan Mobilepreneur
Langkah 2 : Akhir sekali, sila muat turun borang membuat senarai semak bagi panduan permohonan pembiayaan TEKUN [borang senarai semak]
Langkah 3 : Sila muat turun borang permohonan pembiayaan TEKUN dan isi maklumat peribadi anda [borang permohonan]
Tambahan : PERMOHONAN BOLEH DIKEMUKAKAN SELEPAS MAJLIS PELANCARAN TEKUN MOBILEPRENEUR YANG AKAN DIADAKAN PADA 7 JULAI 2020
Syarat Permohonan Mobilepreneur V1.0
Jika anda ingin membuat permohonan Mobilepreneur ini, pastikan anda memenuhi syarat-syarat seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
- Berumur 18 – 60 tahun
- Pemohon bukan seorang yang muflis
- Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar
- Mempunyai motorsikal sendiri yang berdaftar & sah
- Terlibat secara langsung / separuh masa dalan aktiviti perniagaan
- Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma & syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
- Pemohon yang mendapat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-hailing adalah diberi keutamaan.
Tambahan : Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut anda boleh rujuk FAQ berikut.
Setelah lama kita berjuang dalam melawani Pandemik ini, ekonomi negara ini agak terjejas dan merundum dalam beberapa tempoh.
Memandangkan pandemik ini semakin pulih dan berkurangan hari demi hari, diharapkan program ini dapat membantu rider mengekalkan kesinambungan ekonomi masing-masing dan dapat melonjakkan dan menstabilkan semula ekonomi negara sepanjang tempoh kesulitan ini.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan anda boleh rujuk ke TEKUN berdekatan, boleh semak alamat di sini.
Sumber Asal :
- Tekun Rasmi
- Bernama Online
- PPUM Online