Home » Isu Semasa » Mmenyamar Menjadi Rakan Meminta Wang di aplikasi Whatsapp Kerugian Bernilai Lebih rm300,000

Mmenyamar Menjadi Rakan Meminta Wang di aplikasi Whatsapp Kerugian Bernilai Lebih rm300,000

Polis Negeri Sembilan mengenalpasti jenayah ‘scam’ yang menggunakan taktik menyamar sebagai kenalan di aplikasi ‘whatsapp’ untuk meminjam wang yang makin berleluasa muktahir ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superitendan Aibee Abd Ghani berkata, dari awal tahun sehinggalah 15 November tahun ini, sebanyak 75 kes dilaporkan dengan jumlah kerugian mencecah RM393,817.

Katanya lagi, berlaku peningkatan berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 68 kes yang dilaporkan dengan kerugian RM346,349.

“Antara modus operandi digunakan adalah menggodam aplikasi WhatsApp milik individu lain selain menyamar sebagai rakan dengan menggunakan gambar individu itu dan meminta meminjam wang.

“Suspek akan menghantar pautan dan jika mangsa menekannya, mangsa diminta untuk memberi nombor pin. Kemudian, apabila nombor sudah diberikan, suspek akan mengambil alih WhatsApp itu serta-merta.

“Suspek akan menghantar mesej kepada kenalan di WhatsApp menyatakan mahu meminjam wang dengan segera kerana ada kecemasan atau menghadapi masalah dan berjanji akan memulangkannya dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, kebiasaanya suspek akan meminta jumlah sekitar RM500 sebelum memberikan nama dan akaun yang berbeza dari kenalan dengan memberikan pelbagai alasan untuk mengaburi mangsa.

Sehubungan itu, pihak polis meminta orang ramai supaya tidak sewenangnya menekan pautan di aplikasi Whatasap atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang nampak mencurigakan.

“Jangan sesekali menyerahkan Kod Pengesahan Transaksi (TAC) atau nombor keselamatan kepada mana-mana individu. Jika menerima mesej daripada rakan untuk meminjam wang, terus hubungi individu itu melalui panggilan telefon untuk membuat pengesahan.

“Pemilik WhatsApp yang sudah digodam dinasihatkan membuat laporan polis sebagai ‘cover report’,”.

Disclaimers – Bahan yang kami share diatas sekadar panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Mmenyamar Menjadi Rakan Meminta Wang di aplikasi Whatsapp Kerugian Bernilai Lebih rm300,000” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes