Baru-baru ini tular video di TikTok yang memaparkan tentang kemesraan penyanyi rap popular MK (K-Clique) yang sedang berjalan sambil memegang tangan seorang wanita cantik.
Pasangan kekasih itu kelihatan hadir bersama pada satu majlis hari raya dengan berpakaian sedondon dan dilihat begitu senang di samping MK.
Sebelumnya MK pernah berkongsi gambar bersama wanita tersebut dengan caption hati telah dimiliki dan kini terus memamerkan kemesraan mereka di hadapan orang ramai.
Malah, MK juga turut senang memuat naik beberapa posting daripada netizen yang merakam aksi tersebut di akaun sosial miliknya.
“Hajar ni cantik tau, lemah lembut. Low profile walaupun emak bapa dia orang ternama dia punya low profile kawan-kawan saja yang tahu.
“Dulu Hajar post dengan close friend je. Sekarang dah tak payah close friends,” tulis netizen.
Tidak kurang juga yang mendakwa pasangan ini sudah bernikah secara sembunyi tetapi tidak mengumumkannya di media sosial atas sebab peribadi.
Namun Mk hanya berdiam diri tidak memberikan apa- apa komen berkenaan perkara tersebut dan masih tidak memberikan reaksi tentang perkara berkenaan yang mana ia berkemungkinan hanya dakwaan daripada netizen.
Malah ada juga peminat yang meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila mengetahui penyanyi dan juga pelakon pujaan mereka itu itu sudah pun berpunya.
Mk kini sedang dalam pengambaran untuk drama terbarunya yang bakal disiarkan tidak lama lagi dan masih bergiat aktof dalam dunia seni dengan pelbagai cabang yang diceburi demi menimba ilmu.