Baca juga:

Idea Buka Semula Mini Zoo:


Menurut, Datuk Ahmad Yakob, idea bagi pembukaan semula Mini Zoo Kuala Krai ini tercetus setelah kerajaan menyedari kekurangan tempat-tempat pelancong yang boleh dikujungi terutamanya di kawasan Kuala Krai.

Pembukaan semula Mini Zoo Kuala Krai mengambil kos pembinaan sebanyak RM2.5 juta oleh pihak Majlis Daerah Kuala Krai pada tahun 2020.

Terdapat lebih 50 spesis haiwan dapat dilihat di Mini Zoo Kuala Krai ini.

Mereka juga menyasarkan lebih kurang 5,000 pelawat yang akan berkunjung ke lokasi ini pada setiap bulan.

Konsep Petting Zoo:


Menurut Ahmad Yakob juga, pembinaan Mini Zoo Kuala Krai ini membawa konsep ‘symbiotic pith’ yang bermaksud ‘Manusia dan Alam’ serta berkonsepkan petting zoo.

Pengunjung dapat berinteraksi dan memberi makan sendiri kepada haiwan yang ada di sini.

Terdapat juga Mini Aquaria yang menempatkan pelbagai spesis ikan.

Waktu Operasi Dan Harga Tiket:


Waktu Operasi Mini Zoo Kuala Krai adalah bermula 9.30 pagi sehingga 6 petang.

Harga tiket RM10 bagi dewasa dan RM5 untuk warga emas dan kanak-kanak, manakala orang kurang upaya (OKU) adalah percuma.

Berita baik, bulan ini kerajaan turut menawarkan harga promosi tiket masuk sehingga 20% di mana sejumlah RM8 bagi dewasa manakala RM4 untuk kanak-kanak sempena dengan pembukaan semula.

Maklumat tambahan, Mini Zoo Kuala Krai sebelum ini dibuka pada tahun 1964 serta beroperasi pada 24 Disember 1964 dengan keluasan tanah 0.4 hektar.

Namun, pada tahun 1989 ia dipindahkan ke Bukit Bandang dengan kawasan yang lebih besar iaitu seluas 2.2 hektar.

Zoo ini bagaimanapun ditukarkan statusnya kepada Taman Burung Kuala Krai pada tahun 2005 sebelum operasinya ditamatkan pada tahun 2011.