Minah Saleh Selamba Berjemur Tengah KL, “Fedup Cari Pantai Tak Jumpa”


Menjadi kebiasaan bagi pelancong dari negara barat untuk berjemur waktu dia bercuti ke pantai atau pulau-pulau di Malaysia. Matahari sangat terik menyinar bagaikan satu kelebihan yang ada di negara kita yang menarik buat pelancong datangnya dari destinasi sejuk.


Walaumanapun baru-baru ini satu rakaman dengan paparan seorang pelancong sedang berjemur telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak dalam video itu terlihat seorang wanita minah saleh dengan selamba baring di atas rumput yang mana sekelilingnya adalah jalan raya tempat kereta lalu lalang.

Cara wanita tersebut telah mencuri perhatian ramai kerana lokasi dia berbaring berjemur itu agak tidak sesuai. Di tepi jalan raya yang agak sibuk, boleh pula dia berbaring memang orang nampak pelik.

Lagi-lagi pula kita di Malaysia ini jarang-jarang ada yang buat ‘perangai’ sebegini. Kalau cahaya terik kalau boleh nak berteduh. Korang saksikan rakaman minah saleh selamba berjemur tengah KL ini. Mungkin di negara mereka perbuatan ini adalah perkara biasa. Jadi tidak hairan mengapa wanita tersebut selamba melakukan aktiviti berjemur di tengah bandaraya.

Apa-apa pun lelaki telah kongsikan rakaman minah saleh selamba berjemur yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun suerayasolomon ini telah meraih lebih sejuta tontonan dan 100 ribu likes.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini seperti berikut:

Disclaimers – Semua artikel admin share diatas sekadar tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Minah Saleh Selamba Berjemur Tengah KL, “Fedup Cari Pantai Tak Jumpa”” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.
Kenalin, Kucing Lucu Bernama Si Idoy