Baru-baru ini,terdapat satu komen netizen yang menyatakan hasrat untuk meminang pelakon Amelia Henderson di laman sosial miliknya.
Melalui perkongsian video di TikTok itu , Amelia dilihat memakai jubah mandi berwarna putih dan berdiri di depan pintu kemudian bertukar memakai gaun seksi yang bercorak.
Mendapat pelbagai komen berkenaan video tersebut di laman sosialnya sehingga ada yang meninggalkan komen yang positif dan juga negatif kerana pemakaiannya yang seksi .

Malah Amelia dilihat tutur memuat naik semula komennya itu menerusi akaun Twitter dengan kapsyen wanita bukan objek untuk dijual beli.
Perkongsian di Twitter itu juga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat pelakon jelita itu.
Rata – rata netizen wanita mengakui bahwa tidak semua perempuan mengejar duit semata-mata dalam hidupnya dan terdapat ramai wanita yang mencari cinta sejati dan keikhlasan dalam perhubungan.
Malah para wanita di ruangan komen berkenaan sempat mempertahankan kehendak mereka yang lebih memilih kasih sayang untuk mendapatkan kebahagiaan dan bukannya wang ringgit.
Amelia kini sedang bercuti dan dikatakan mencari peluang menenangkan diri selepas hubungannya dengan Aedy Ashraf dikatakan sudah berakhir apabila baru – baru ini , kedua mereka telah memuat naik perkongsian sedih di laman Twitter milik mereka berdua .
BACA INI : Baju Terakhir Siti Sarah Jadi Pengubat Rindu, Shuib Batal Hasrat Nak Ubah Suai Rumah
Peminat juga turut kecewa dengan hubungan mereka yang tidak berjalan lancar setelah tamatnya drama lakonan mereka berdua yang menjadi fenomena beberapa bulan lepas sehingga menimbulkan bibit- bibit cinta mereka.