Home » Isu Semasa » Individu Merokok Di Tempat Awam Bakal Dikenakan Kompaun – KKM

Individu Merokok Di Tempat Awam Bakal Dikenakan Kompaun – KKM

Baru-baru ini pihak berkuasa daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan operasi mencari dan mendenda perokok yang ‘menyalakan api’ atau vape di kawasan bebas rokok.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penguatkuasaan akan lebih diperketatkan terhadap larangan merokok di tempat awam. Beliau berkata lagi, KKM akan terus menerus melakukan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan orang awam mematuhi larangan tidak merokok di tempat awam.

Beliau juga telah berkongsi beberapa gambar di media sosialnya serta memberi amaran tegas kepada orang awam mengenai situasi yang bakal diterima sekiranya masih mahu merokok di tempat awam.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Sejak dari tahun 2019, kerajaan telah berkuatkuasa dalam mengenakan larangan merokok di semua tempat makan seluruh negara di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Tembakau (PPKHT) 2004 (pindaan) 2018.

Mereka yang melakukan kesalahan buat pertama kali akan dikenakan kompaun sebanyak RM150, RM250 bagi kesalahan kedua dan RM350 sekiranya masih berterusan melanggar udang-undang.

Penafian – Semua artikel portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah panduan dan ringkasan artikel related dengan “Individu Merokok Di Tempat Awam Bakal Dikenakan Kompaun – KKM” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!