Mercedes-Benz Malaysia Akan Latih Bakat Automotif Anak Tempatan


Syarikat Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Montfort Boys Town di Shah Alam bagi memperkukuhkan lagi tunggak pendidikan. Perjanjian itu telah selaras dengan dengan komitmen MBM melalui pengambilan dan inkubasi pelajar menengah untuk program Perantisan Moden Lanjutan yang terkenal di peringkat global. MoU selama dua tahun itu akan dimulakan dengan aktiviti seperti ‘Train the Trainer’, di mana MBM akan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan kepakaran membabitkan model semasa Mercedes-Benz kepada pelatih, sebelum memindahkan pengetahuan kepada pelajar.

Pengajian Kurikulum latihan itu adalah bertujuan untuk mendedahkan dan menyediakan pelajar yang berminat kepada program Perantis Moden Lanjutan yang tersedia selepas tamat sekolah menengah. Penilaian pra-pendaftaran tahunan akan dijalankan untuk pelajar Montfort Boys Town di mana mereka yang berjaya lulus boleh memohon untuk program Perantis Moden Lanjutan.

Sumber: google image


Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Sagree Sardien, berkata bahawa syarikat automotif premium itu komited terhadap pembangunan tenaga kerja masa depan dan ia mahu memupuk, membangun dan menarik bakat pada usia awal. Kerjasama ini akan mendedahkan pelajar kepada kecekapan sosial dan organisasi yang akan memacu kecemerlangan perkhidmatan mengikut cara Mercedes-Benz. Sebagai sebahagian daripada tonggak pendidikan, kami melihat peluang yang baik untuk memupuk dan melabur dalam bakat muda ini yang bercita-cita untuk mempunyai kerjaya dalam industri automotif sebagai juruteknik bertauliah global.

Pelajar yang berjaya mendaftar dalam program Perantisan Moden Lanjutan akan menerima biasiswa penuh dan menjadi pelatih sepenuh masa di bawah MBM. Mereka akan menerima elaun bulanan RM800 sepanjang program tiga tahun dan dijamin mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian dengan gaji minimum pada tahun pertama. Graduan juga akan mempunyai lebih banyak peluang selepas itu bersama Mercedes-Benz di mana mereka boleh menjawat ke jawatan pengurusan dalam jabatan perkhidmatan pelanggan selepas menamatkan kelayakan tahap diagnostik mereka.

Sumber: google image


Disamping itu, Program Perantis Moden Lanjutan di bawah Akademi Latihan MBM ialah kursus perantisan selama tiga tahun yang merangkumi pelbagai sukatan pelajaran dan garis panduan latihan yang diluluskan secara global oleh Mercedes-Benz Global Training dengan elemen Kecekapan Mercedes-Benz. Program itu menggabungkan Kelayakan Antarabangsa sehingga Tahap 3 dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia. Sebagai sebahagian daripada strategi jenama dan hala tuju global untuk menerajui dalam bidang elektrik, Mercedes-Benz telah membangunkan profil baharu untuk Pakar Kenderaan Elektrik, dikenali sebagai Pakar dalam Voltan Tinggi (EHV) yang akan diperkenalkan bermula dengan pengambilan pada 2022.

Namun, Sukatan pelajaran baharu itu akan ditambah pada modul sedia ada sebagai sebahagian daripada usaha jenama itu untuk melatih dan melengkapkan bakat untuk bersedia masa hadapan bagi tuntutan mobiliti masa depan. Sejak 1984, lebih daripada 900 perantis lulus dari Akademi Latihan MBM dan bekerja dengan rangkaian pengedar sah jenama itu dalam pelbagai jawatan merentasi pengkhususan yang berbeza.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3