Mengaku Bosan Dengan Hidup Akibat Terlalu Kaya – Raffi Ahmad


raffi ahmad bosan jadi sultan

Tahu ke korang dekat Indonesia, gelaran sultan mempunyai maksud yang berbeza dan tersendiri dimana ia merujuk kepada seorang seniman yang diiktiraf kejayaan serta kewujudannya di kaca TV dan media sosial.

Salah seorang daripada artis terkenal yang diberi gelaran itu termasuklah Raffi Ahmad. Namun, Raffi Ahmad baru-baru ini berkongsi di media sosial bahawa dia mengaku sudah bosan bergelar Sultan.

Raffi Ahmad mempunyai kekayaan sebanyak $21 juta dollar Amerika menurut Forbes, iaitu sebanyak RM 93,600,000 ringgit Malaysia sahaja. Banyak kan?


Rafi ahmad mengaku bosan kaya

Beliau berkata demikian selepas Nagita Slavina, memberitahu bahawa sudah bosan menjadi seorang Ketua Pegawai Eksekutif. Nagita adalah isteri kepada Raffi Ahmad. Nampak kan dua2 laki bini dah bosan jadi kaya? Hahaha

Kenyataan pasangan itu kemudian mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen. Agak tidak patut cara mereka flex.

Menerusi perkongsian foto di Instagram yang memaparkan dirinya mengerutkan kening di sisi kereta sport merah miliknya, tulis Raffi, “Saya sudah bosan menjadi sultan, rasanya biasa saja.”

Kenalin, Kucing Lucu Bernama Si Idoy

Bagaimanapun, rata-ratanya ramai yang teringin bertukar posisi dengan Raffi kerana kekayaannya yang dikatakan melimpah ruah.

Disclaimers – Semua artikel portalamalaysia share dihalaman ini hanyalah tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Mengaku Bosan Dengan Hidup Akibat Terlalu Kaya – Raffi Ahmad” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.