Membenarkan Pengeluaran KWSP Kepada 3 Juta Pencarum yang layak. Isu ini telah dibangkitkan oleh Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) meminta kerajaan Madani meluluskan pengeluaran KWSP 2.0 kepada pencarum.
Tuntutan pengeluaran ini hanya bersasar kepada tiga juta penyumbang yang benar-benar terkesan dan terdesak.
Presiden PGIR, Azmi Mohd Tahir berkata, angka itu diperoleh berdasarkan kajian daripada senarai pencarum yang dilakukan pihaknya sendiri.
Sila Sign Petiton KWSP 2.0 di sini.
Beliau berkata, sebelum ini kerajaan membenarkan pengeluaran caruman kepada tujuh juta pencarum.
Tetapi tidak ada agensi yang membuat kajian, yang boleh membuktikan bahawa mereka semua adalah penyumbang yang betul-betul terdesak.
Benarkan Pengeluaran KWSP 2.0
“Permintaan kita kali ini bersasar kerana kita tidak mahu melihat perbelanjaan tidak terkawal.”
Selain mengelakkan pencarum yang tidak terkesan, ambil peluang untuk mengeluarkan simpanan KWSP untuk belanja sambil lewa.
“Daripada kajian senarai pencarum, kami mencadangkan supaya kelulusan diberikan kepada 3 juta pencarum.
“Setakat ini, PGIR telah menerima laporan dan aduan 320,000 pencarum terjejas.”
Jumlah ini hanya diperoleh daripada borang aduan yang dibuat oleh pihak PGIR.
Dan ia tidak mengambil kira jumlah sebenar pencarum luar yang benar-benar terjejas,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Global Human Rights Federation (GHRF), bagi memperjuangkan tuntutan KWSP bersasar.
Kerajaan Akan Membenarkan Permohonan Pengeluaran KWSP?
Azmi yakin kerajaan akan meluluskan permohonan itu bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat terjejas.
Tambahan pula tuntutan PGIR disokong oleh badan bukan kerajaan (NGO) lain dan wakil rakyat di Dewan Rakyat.
Selain itu, katanya, melalui kerjasama GHRF, PGIR akan membawa 4 usul cadangan pengeluaran KWSP 2.0 mengikut kategori & keperluan.
4 Usul Pengeluaran KWSP
Antaranya, katanya, suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak aktif mencarum dibenarkan mengeluarkan semua wang simpanan mereka bagi menampung kehidupan mereka.
Selain itu, katanya, bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum kerana diberhentikan kerja.
Seterusnya, berhenti secara sukarela dan tiada pekerjaan tetap kerana faktor umur dan kesihatan, juga harus dibenarkan mengeluarkan semua simpanan persaraan mereka.
Pencarum yang masih aktif mencarum, berumur 54 tahun ke bawah dan mempunyai simpanan Akaun 1 melebihi RM20,000 juga perlu dibenarkan mengeluarkan 30 peratus daripada jumlah tersebut.
Cadangan keempat, katanya, ialah pencarum yang masih aktif mencarum, mempunyai baki simpanan dalam Akaun 1 sebanyak RM19,999.99 dan ke bawah, boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan baki RM200 dalam Akaun 1 dan 2.
Bantu Rakyat dengan Membenarkan Pengeluaran KWSP 2.0
“Kami merayu dan berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan baharu membenarkan pengeluaran KWSP.
“Bantulah rakyat dan kesiankanlah mereka, kita menerima banyak aduan yang berdepan dengan keperitan hidup.
Sehingga mengundang masalah rumahtangga, beberapa rumah terpaksa dilelong, dikejar bank dan Ah Long.”
“Sehingga hari ini, sebenarnya masih ramai yang dibuang kerja dan ada yang masih belum dapat kerja tetap sehingga hari ini. Ada yang terpaksa bekerja membasuh pinggan, walaupun sebelum ini mempunyai pekerjaan yang bagus,” katanya.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Saya seorang ibu yg terpaksa bekerja Dan menanggong perbelanjaan rumah demi untuk sekolah kan anak2 Dan suami pulak seorang OKU yang tidak boleh bekerja berat saya bekerja dengan gaji harian yg tak seberapa Dan kesihatan saya juga kadangkala baik kadang tidak saya sangat memerlukan simpanan kwsp untuk meneruskan perbelanjaan sekolah anak2 juga untuk keperluan harian ibu seperti saya merangkap sebagai kepala keluarga sangat2 memerlukan Wang simpanan ini raya hampir tiba tapi persiapan apa Pon belom dapat di buat kerana masaalah kewangan saya berharap sangat dapatlah di luluskan pengeluaran Wang simpanan ini terima kasih