Melaka Bakal Bangunkan Laluan Baharu Hubungkan Malaysia-Indonesia


Laluan baharu akan dibuat bagi menghubungkan Malaysia dan Tanah Besar Sumatera, Indonesia melalui Masjid Tanah-Dumai melibatkan jarak kira-kira 120 kilometer (km) bakal dibangunkan dengan kerjasama syarikat swasta.

Menurut Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, laluan yang dirancang dibina dalam bentuk terowong atau jambatan itu dijangka mengambil masa 20 tahun sekali gus memberi impak kepada perkembangan ekonomi kedua-dua negara dalam pelbagai sektor khususnya perindustrian dan pelaburan.

Baca juga:

Menurut tinjauan penyelidikan, cadangan pembinaan laluan ini telah dikemukakan pihak swasta dan menerusi kajian yang dilakukan, jarak antara pesisir pantai di Dumai, Indonesia ke Telok Gong, Masjid Tanah di sini hanya sejauh 47 km.

Terdahulu, secara dasarnya kedua-dua negara telah bersetuju untuk rancangan ini diperincikan dan langkah awal di peringkat kerajaan negeri Melaka.

Kerajaan negeri ketika ini telah mula membawa semua agensi kerajaan untuk melihat kawasan yang akan dibina jajaran baharu tersebut.

Menurut Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, laluan berkonsepkan ‘Satu Jalur Satu Jalan’ itu akan menjadi ikon baharu kedua-dua negara dan pelbagai prasarana akan turut dibangunkan termasuk kawasan penyuraian trafik dan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).
Selain itu, kawasan perindustrian baharu yang menempatkan pelbagai kegiatan perindustrian seperti semikonduktor dan automotif akan dibangunkan secara berperingkat di Masjid Tanah melibatkan keluasan kira-kira 2,023 hektar.
Sekadar info, perancangan pembangunan kawasan perindustrian itu akan dilakukan menerusi Melaka Corporation sekali gus dijangka turut menyumbang kepada pembukaan bandar baharu di Masjid Tanah.
Sumber: BERNAMA

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3