Maybank Pindah Ibu Pejabat Utama Ke Menara Merdeka 118


Pada 12 September lalu, Malayan Banking Bhd (Maybank) telah mengesahkan akan memindahkan operasi induknya ke Menara Merdeka 118 selepas menandatangani perjanjian Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Menurut perjanjian tersebut adalah untuk penyewaan bagi memindahkan ibu pejabat korporatnya dari Menara Maybank di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur ke Menara Merdeka 118.

Baca juga:

Perjanjian itu bagi tempoh permulaan tiga tahun dan pembaharuan untuk enam penggal lagi selama tiga tahun setiap penggal, yang keseluruhannya berjumlah 21 tahun, di bangunan kedua tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara.

Menurut Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli, keputusan strategik untuk memindahkan ibu pejabatnya dibuat berikutan pertimbangan yang teliti dan terperinci mengenai keperluan operasi masa depannya.

Antara pertimbangan utama termasuk keperluan ruang kerja yang menyokong norma baharu dan memenuhi cita-cita kemapanan kumpulan perbankan terbesar negara itu.

Sekadar info, Menara Merdeka 118 adalah menara kedua tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 678.9 meter.

Selain operasi induk, beberapa anak syarikatnya turut akan beralih ke operasi di Menara Merdeka 118, antaranya Maybank Islamic, Maybank Investment Bank dan Maybank Asset Management.

Menerusi penyertaan Maybank pada mercu ini, ia sekaligus merancakkan sasaran negara menjadikan Menara Merdeka 118 selaku landskap pemangkin baharu ekonomi di Kuala Lumpur.

 

Sumber: HARIAN METRO


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3