Kelak orang awam akan mula memperlihatkan kenaikan faedah dari pihak perbankan selari dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 8 September kepada 2.50%.
Mulai 12 September 2022, Maybank akan melaras naik Kadar Asas Standard, Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berikutan pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
Baca juga:
- Bantuan Untuk Rakyat Malaysia Sepanjang Bulan September 2022
- Melaka Bakal Bangunkan Laluan Baharu Hubungkan Malaysia-Indonesia
Menurut Maybank, BR Maybank akan menjadi lebih tinggi daripada 2.25% kepada 2.50%, sementara BLR Maybank pula akan dilaraskan daripada 5.90% kepada 6.15%.
Kadar Asas Islam dan Kadar Pembiayaan Asas juga akan dinaikkan sebanyak 25 bps iaitu masing-masing 2.25% kepada 2.50% dan daripada 5.90% kepada 6.15%.
Oleh itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 12 September 2022.
Sekadar info, semakan terakhir dalam Kadar Asas Maybank adalah pada 8 Julai 2022 apabila ia dinaikkan daripada 2.00 peratus setahun kepada 2.25 peratus setahun berikutan kenaikan OPR dengan kuantum yang sama.
Sumber: BERITA HARIAN