Home » Isu Semasa » Mayat Kanak-Kanak 3 Tahun Ditemui Tanpa Organ dan Kaki

Mayat Kanak-Kanak 3 Tahun Ditemui Tanpa Organ dan Kaki

Seorang mayat kanak-kanak lelaki yang dianggarkan berusia 3 tahun di temui di Sungai Kampung Desa Makmur berdekatan Jalan Anggerik Putih Majidee disini semalam.

Ketua Polis Johor, Datok Ayob Khan Mydin Pithay berkata, tiada sebarang unsur jenayah pada mayat tersebut yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna itu.

“Mayat yang kita jumpa ini ada organ yang hilang, kaki pun sudah tiada. Jadi kita masih tunggu laporan lengkap bedah siasat.

“Setakat ini kita tidak dapat kesan jantina, bangsa dan sebagainya. Setakat ini juga tiada elemen jenayah ditemukan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Kelmarin, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Shamsul Khomari berkata, pihaknya menerima panggil jam 10.43 pagi tadi daripada pihak polis bagi membantu menangkat mayat kanak-kanak yang dianggarkan berusia 3 tahun yang ditemui 1.5 meter berada dari tebing sungai terbabit.

Mereka mempercayai mayat itu sudah dimakan haiwan seperti ikan dan biawak. Malah belakang tengkorang sudah pecah, rambut dan otak juga telah tiada.

“Difahamkan, penemuan mayat oleh orang awam yang menyatakan terdapat bau sangat busuk dilokasi terbabit. Setakat minggu ini pihaknya tiada menerima laporan kanak-kanak hilang atau lemas di sungai,” katanya.

Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia share diatas sekadar panduan tutorial dan rujukan artikel related dengan “Mayat Kanak-Kanak 3 Tahun Ditemui Tanpa Organ dan Kaki” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!