Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Peti Sejuk , Lebih Setahun Disembunyikan


Di Bangkok Thailand , hari ini  seorang pekerja telah menemui mayat bayi yang mana mendapat pengesahan bahwa bayi itu dilaporkan telah ditemui beku di dalam sebuah peti sejuk selepas disahkan sudah lebih setahun mati.

Dalam pada itu , Komander Polis Chiang Mai iaitu Thawatchai Pongwiwatchai menyatakan bahawa mayat bayi itu telah dibalut dengan tuala dan dimasukkan kedalam peti sejuk beku selama ini.

Mayat bayi itu telah ditemui oleh pekerja yang diupah untuk mengubah suai sebuah rumah di tambon Wat Ket daerah Muang , Chinag Mai , Tahiland.

Berkenaan dengan kenyataan daripada saksi yang menemui mayat itu, rumah itu sebenarnya dimiliki oleh keluarga tiri kepada bapa bayi tersebut dan dia pernah tinggal di rumah itu bersama teman wanitanya yang hamil.

Manakala , ibu kepada bayi itu dipercayai telah melahirkan bayi tersebut nasmun telah telah mati selepas dilahirkan dan membuatkan bapa kepada bayi tersebut tidak dapat menerima kenyataan mengenai pemergian anaknya itu.

Ayah kepada anak itu dikatakan tidak meredhai kehilangan anaknya itu dan tidak mahu melakukan proses pengebumian lalu memutuskan untuk membekukan mayat tersebut dan menyimpannya di kediaman mereka agar sentiasa berada disisinya walaupun sudah tidak bernyawa lagi.

Melalui laporan yang diterima daripada pihakl yang bertanggungjawab , ibu bapa kepada bayi tersebut telah disabitkan dengan kesalah mencuri dan kini menjalani hukuman penjara di Chiang Mai.

Dikatakan sebelum pasangan ini dipenjarakan kerana kes kecurian tersebut , nenek tiri kepada bayi tersebut telah berpindah kerumah tersebut dan tidak mengetahui tentang keberadaan bayi tersebut di dalam peti tersebut dan tidak mengambil peduli tentang perkara tersebut kerana tidak menyangka perkara tersebut berlaku dirumahnya itu.


Namun mengetahui terebut selepas anaknya memutuskan untuk mengubah suai rumah mereka pada minggu lalu dan ianya sungguh menyayat hati kerana anak tirinya itu masih tersluka atas kehilangan anaknya yang tersayang.

Disclaimers – Semua yang portalamalaysia share dihalaman ini merupakan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Peti Sejuk , Lebih Setahun Disembunyikan” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia