Masya Mashitah Dikecam Kerana Terlalu Mesra Dengan Teman Lelaki. Apa Kata Masya


Masya Masyitah iaitu seorang penyanyi dan kini menjadi usahawan biskut dilihat sering berkongsi video tiktok malah terlihat sangat mesra dan juga tidak segan silu berpegang tangan  malah berpelukan dengan teman lelakinya.

Dia yang mendapat komen dan juga kritikan daripada peminat masih tetap tidak memberi sebarang tindak balas daripada komen tersebut.

Melihat kemesraannya bersama teman lelakinya itu telah mengundang tanda tanya orang ramai tentang statusnya yang sudah bergelar isteri atau belum.

Bru- baru ini menerusi satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya, Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff dilihat berpegangan tangan dan bermesraan bersama seorang jejaka bernama Idris Woon dipercayai teman lelaki penyanyi itu.

Mananakal para netizen tertanya – tanya adakah Masya sudah mendirikan rumah tangga bersama lelaki berkenaan dan menasihati untuk membuat kenyataan kepada umum tentang berita gembira tersebut dan tidak membuatkan memburukkan namanya yang berimej muslimah.

Terdapat banyak komen dan kritikan malah ada juga segelintir netizen yang menegur peserta Ceria Popstar itu supaya tidak terus mengunci mulut berkenaan status perkahwinannya bagi mengelakkan fitnah.

“Sepatutnya kalau betul dia dah nikah kena buktikan takut jatuh fitnah,” tulis seorang netizen.

“Kalau dah kahwin bagitahu sahaja, tak elok jadi asbab orang buat fitnah, kita bukan marah, tertanya-tanya je,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Masya sering berkongsi gambar bersama pasanganya di Tik Tok berbanding di Ig miliknya.


Sebelum ini , Masya menafikan khabar angin yang dirinya sudah berkahwin pada November lalu namun mengakui hubungan cinta dengan Idris mendapat restu kedua-dua pihak keluarga dan juga serius dalam perhubungan mereka tetapi masih tidak mengaku bahawa dirinya sudah berumahtangga.

Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Masya Mashitah Dikecam Kerana Terlalu Mesra Dengan Teman Lelaki. Apa Kata Masya” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia