Masjid Hagia Sophia Adakan Solat Tarawih Pertama Selepas 88 Tahun


Beberapa hari sebelum menjelang bulan Ramadhan , Kerajaan Turki telah mengumumkan untuk membuka semula Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul semasa bulan Ramadan apabila kebanyakan penduduk sudahpun divaksin dan jumlah kes baharu dan kematian semakin menurun.

Malah pelbagai acara bakal akan diadakan di masjid itu tersebut dengan kehadiran penduduk setempat dan pelancong yang bakal hadir memeriahkan suasana.

Masjid Besar Hagia Sophia itu yang telah diubahusai menjadi muzium pada tahun 1934 dan pada tahun 2020, statusnya kembali sebagai masjid pada 24 Julai 2020 tetapi terdapat sekatan dan peraturan yang ketat disebabkan COVID-19 yang melanda negara itu dan seluruh dunia menyebabkan masjid tersebut tidak digunakan bagi mengelakkan risiko jangkitan.

Namun  selepas 88 tahun , buat pertama kalinya masjid bersejarah itu menjadi perhatian ramai kerana kembali menjadi masjid yang meriah apabila masjid tersebut mengadakan solat tarawih semalam.

Detik indah dan bersejarah itu menyaksikan ribuan jemaah hadir membanjiri masjid tersebut bagi menunaikan ibadah solat tarawih pada malam pertama bulan Ramadan bersama keluarga dan juga penduduk setempat.

Malah masyarakat setempat juga tidak melepaskan peluang berkongsi video dan gambar berkenaan suasana malam pertama solat sunat tarawih yang dibanjiri lautan manusia .

 

Hagia Sophia dibina 1,500 tahun yang lalu sebagai gereja dan ditukarkan menjadi masjid setelah Uthmaniyyah menakluki Konstantinopel (sekarang Istanbul) pada tahun 1453 namun pada tahun 1934, pemerintah sekular Turki memutuskan untuk menjadikannya sebagai muzium.

Hagia Sophia merupakan warisan karya seni bina dunia yang tiada tandingannya, mengalami banyak pemulihan semasa era Uthmaniyyah termasuk penambahan menara oleh arkitek terkenal Mimar Sinan.


Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO dan juga telah menjadi destinasi pelancongan utama Turki malah dibuka untuk pelawat dari dalam dan luar negara.

Penafian – Semua artikel kami share diatas sekadar panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Masjid Hagia Sophia Adakan Solat Tarawih Pertama Selepas 88 Tahun” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia