Home » Isu Semasa » Masih Terlalu Awal Untuk Buat Keputusan Bergerak Secara Solo PRU15 – Khairy Jamaluddin

Masih Terlalu Awal Untuk Buat Keputusan Bergerak Secara Solo PRU15 – Khairy Jamaluddin

Barisan Nasional (BN) perlu membuat penilaian terperinci serta membuat kajian sebelum membuat keputusan bergerak secara solo atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.

Khairy Jamaluddin Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Rembau itu berkata, masih terlalu awal sekiranya untuk memutuskan bergerak secara solo ketika ini disebalik kemenangan besar BN dalam Pilhan Raya Negeri Melaka (PRN) semalam.

“BN sudah membuktikan bahawa BN masih ada lagi kekuatan pada pengundi dan di peringkat akar umbi. Bagaimanapun, kena terima hakikat bahawa untuk PRN Melaka hanya 65 peratus sahaja keluar mengundi dan 35 peratus lagi tidak keluar mengundi.

“Apa sahaja keputusan yang bakal dibuat nanti kena fikir soal sama ada Melaka representasi kepada pilihan raya umum, Saya rasa terlalu awal buat keputusan solo atau tidak, kita masih ada kerajaan walaupun di Melaka setuju untuk mengikut jalan masing-masing.

“Masih terlalu awal untuk membuat rumusan dan ambil masa dahulu dan kena kaji secara terperinci. Saya rasa perlu lebih mendalam lagi statistik seperti 65 peratus siapa yang tidak keluar? adakah mereka dari luar atau atas pagar,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Kesihatan Daerah Rembau, di sini hari ini.

BN telah berjaya kembali membentuk kerajaan negeri Melaka apabila berjaya memenangi 21 buah kerusi Dewan Undangan Negeri dalam PRN melaka yang berlangsung pada 20 November 2021 yang lepas.

Penafian – Bahan yang kami share dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Masih Terlalu Awal Untuk Buat Keputusan Bergerak Secara Solo PRU15 – Khairy Jamaluddin” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes