Mas Idayu Sah Bergelar Isteri Kepada Sufian Isa


Penyanyi dangdut terkanal , Mas Idayu kini sah bergelar isteri kepada Muhammad Sufian Isa yang merupakan seorang Penerbit Eksekutif TV3 hari ini dengan sekali lafaz sahaja.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru berwakil walikan bapanya Mesnun Hassan di masjlis yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Majlis ringkas tetapi mewah itu hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan media yang dijemput kerana ianya dilakukan secara tertutup.


BACA INi : Isteri DDNK Mengamuk Kerana Dituduh Sebagai Perampas

Muhammad Sufian Isa menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,001 beserta tujuh dulang hantaran namun wang hantaran telah dirahsiakan jumlahnya daripada umum atas sebab tertentu.

Majlis yang bertemakan fairytale itu memperlihatkan pasangan pengantin tersebut mengenakan persalinan berwarna rona merah jambu yang sedondon dan sepadan.


Mas Idayu dilihat menangis selepas akad nikah kerana terharu dan merasa terlalu bahagia dengan pernikahan tersebut sehingga tidak dapat menahan air mata .

Dia yang ditemani anak tercinta mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlisnya itu dan bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Berkongsi rasa gembira di Ig miliknya , Mas Idayu mendapat pelbagai respon daripada rakan artis dan juga peminat yang mengucapkan tahniah diatas pernikahannya itu dan mendoakan kebahagiann pasangan itu.


Resepsi

Pasangan itu bakal diraikan dengan meriah dalam satu majlis resepsi yang mewah pada malam ini di tempat yang sama tetapi tema busana yang berbeza .

Sekadar info, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997, namun bercerai pada tahun 2006. Pasangan itu telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun. 




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3