Menurut laporan diterima terdapat 1 kematian daripada 99 orang yang menjadi mangsa keracunan makanan daripada “puding buih” yang dimakan oleh mereka baru-baru ini.
Mangsa Puding Buih
Diberitakan mangsa keracunan puding buih tersebut meninggal dunia setelah 10 hari bertarung nyawa di HSNZ, Terengganu. Menurut Bernama, mangsa dilaporkan meninggal dunia di ICU HSNZ pada 10.40 pagi tadi akibat kegagalan multiorgan akibat kejutan sepsis.
Mangsa yang berumur 25 tahun dimasukkan ke Hospital dipercayai akibat dari memakan Puding Buih yang dibelinya secara online pada 22 mei lalu.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Dr Alias Razak yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan & Alam Sekitar Terengganu telah mengesahkan kematian mangsa pertama tersebut katanya.
“Bagi pihak kerajaan negeri, kita simpati dan harap keluarga bersabar dengan dugaan diberikan.
“Mangsa lain yang ditempatkan di HSNZ dan hospital swasta sudah pulih, dibenarkan pulang secara berperingkat,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik HSNZ, hari ini.
Jumlah Mangsa Puding Buih
Kesemua mangsa Puding Buih adalah 20 keluarga iaitu 77 pesakit di Kuala Terengganu manakala 22 pesakit dari Marang.
Kata Dr. Alias lagi, kejadian tersebut telah disisat dan akan diambil tindakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).
Kenyataan Puding Buih Dari Food Safety Malaysia
PUDING BUIH TAK SALAH!
Mungkin sebelum ini, ramai tidak kenal dengan pencuci mulut tradisi yang sebenarnya telah dimakan berkurun lamanya oleh masyarakat kita. Namun, sejak beberapa hari ini, berbuih mulut netizen bercakap mengenai ‘PUDING BUIH’ dek kerana kejadian keracunan makanan yang berlaku di Terengganu. Mengikut berita yang terkini, setakat semalam dilaporkan mangsa keracunan akibat makan puding buih ini telah meningkat kepada 99 orang (*1).
Kejadian keracunan makanan puding buih boleh berlaku akibat pengendalian makanan yang tidak selamat. Berikut adalah 4 elemen utama yang menyumbang kepada keracunan makanan tersebut:
TELUR
Jika dilihat kepada resepi puding buih, antara bahan ramuan utamanya ialah TELUR. Telur sememangnya terkenal dengan bakteria Salmonella (*2). Jadi telur perlu dicuci bersih sebelum guna dan hanya guna telur yang masih elok/segar sahaja. Telur yang kotor atau Telur yang sudah rosak akan mengandungi bakteria Salmonella yang banyak!
TEKNIK PENYEDIAAN
Telur ayam ini akan diasingkan kuning dan putihnya, dimana putih telur tadi akan dipukul sehingga kembang atau dipanggil sebagai ‘meringue’ dan iannya tidak dimasak! Memang ‘meringue’ ini digunakan secara meluas dalam industri pastri tetapi mereka menggunakan telur yang telah dipasteur bagi memastikan tiada sebarang pencemaran terhadap makanan yang dihasilkan (*2). Suhu selamat untuk masak telur adalah sekurang-kurangnya 75°C (*3).
SUHU PENYIMPANAN
Kalau kita tengok resepi puding buih ini memang berisiko dan suhu penyimpanannya perlu dikawal dengan rapi. Puding tidak boleh dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama kerana ini akan meningkatkan pembiakan bakteria. Puding perlu disimpan pada suhu sejuk dingin (chiller) iaitu antara 0 hingga 10°C (*4).
TEMPOH MASA
Puding perlu dimakan dalam tempoh 4 jam (jika tidak disimpan dalam peti sejuk). Selepas tempoh itu ada kemungkinan besar makanan tersebut telah tercemar dengan bakteria! (*4).
Difahamkan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sudah memeriksa premis peniaga terbabit dan pengambilan sampel dilakukan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu. Sebanyak 11 swab persekitaran, empat swab tangan dan empat sampel makanan juga diambil untuk tindakan lanjut dan JKNT turut menutup dapur premis untuk jualan peniaga puding buih itu mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama 14 hari sehingga 7 Jun depan (*1).
Sumber Rujukan :
- Food Safety Malaysia
- Sinar Harian Mangsa Keracunan Puding Buih
- fsis.usda.gov
- foodsafety.gov
- chilledfood.org