Manchester United Terkulai Layu Tidak Bermaya!


Liga Perdana Inggeris. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Serba Tak Menjadi Buat United

Erik ten Hag percaya tuntutan Manchester United untuk membuat pembelian baru makin jelas berikutan kekalahan memalukan 0-4 di tangan Brentford sambil menyatakan The Red Devils berprestasi rendah berdasarkan kualiti yang sedia ada dalam skuad mereka.


Selepas menyaksikan pasukannya tewas 1-2 kepada Brighton & Hove Albion minggu lalu, Ten Hag menjadi pengurus United pertama yang tewas kedua-dua perlawanan sulungnya sejak John Chapman pada 1921.

Persembahan memalukan itu menyaksikan United ketinggalan 0-4 di London dalam tempoh hanya 35 minit apabila Brentford menjaringkan gol dengan memanfaatkan setiap empat percubaan tepat ke sasaran.

United, yang berada di kedudukan tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas dua perlawanan di bawah era Ten Hag, telah dikaitkan dengan tambahan muka baru dalam pasaran perpindahan apabila dilaporkan beralih kepada pemain tengah Juventus, Adrien Rabiot, selepas kesukaran mendapatkan khidmat pemain Barcelona, Frenkie de Jong.


Bercakap kepada BBC selepas kekalahan buruk itu, Ten Hag berkata: “Anda perlu bersedia untuk perlawanan dan bersedia untuk berjuang sebagai individu dan sebagai sebuah pasukan. Kami perlu saling mendorong dan mengingatkan tentang tanggungjawab kami kerana ia tidak bagus.

“Sudah jelas kami memerlukan pemain baru tetapi saya tidak mahu memikirkan perkara itu pada masa ini. Pemain bagus yang kami ada sepatutnya lebih baik.

“Saya berharap untuk permulaan yang lebih bagus, saya perlu percaya kerana saya telah melihat perkara yang baik tetapi dua perlawanan ketika ini mengecewakan.


“Kami akan menganalisis dan maju ke depan tetapi satu perkara yang agak jelas, kami perlu melakukan perkara yang lebih baik lagi.

“Pasukan ini cukup bagus untuk menewaskan Brighton dan Brentford tetapi gagal, jadi kami perlu mempersoalkan diri sendiri.”




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3