Manchester United yang bakal dijual oleh keluarga Glazer merupakan satu perkembangan positif buat kelab menurut pengurus, Erik ten Hag.
Keluarga Glazer yang telah memiliki United sejak 2005 pada bulan lalu mengumumkan mereka sedia melepaskan kelab itu kerana ingin “meneroka alternatif strategik”.
Terdapat tekanan yang makin meningkat ke atas Glazer dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan protes yang lazimnya dilihat daripada peminat berikutan hala tuju kelab itu yang makin mengecewakan.
Sila Baca Disini : FIFA Tampilkan Format Baharu!
Manchester United Akan Dijual?
Tatkala United berusaha bersaing dengan kekuatan kewangan Manchester City termasuk pemilik baru Newcastle United dari Arab Saudi, Ten Hag merasakan pelaburan baru di Old Trafford akan menjadi berita yang menggembirakan untuk kelab itu.
“Lebih banyak pelaburan lebih bagus kerana ia akan membantu kelab menjadi lebih baik dan mampu bersaing dengan kelab besar yang lain dari segi kewangan” kata Ten Hag.
“Kami (Ten Hag dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Richard Arnold) bercakap tentang budaya yang ingin kami terapkan, kami bercakap tentang objektif, matlamat dan budaya dan beliau mengesahkan ia tidak akan berubah.
“Ia akan menjadi lebih baik memandangkan lebih banyak wang akan tersedia untuk projek ini.”
Pemilik Manchester United iaitu keluarga Glazer telah menghadapi tekanan daripada penyokong sejak dari beberapa tahun lepas serta didesak untuk menjual kelab kerana prestasi yang tidak memberangsangkan serta tidak menampakkan kemajuan untuk masa hadapan.