Bangkit Selepas Ketinggalan, Manchester City Menjuarai EPL Dengan Penuh Dramatik!


Tahniah kepada Manchester Biru! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Manchester City melalukan keajaiban apabila bangkit pada lewat permainan dengan tiga gol dalam masa lima minit untuk menewaskan Aston Villa sekaligus memenangi Liga Perdana Inggeris.

Ketika ketinggalan, City kelihatan seperti sudah kehilangan peluang untuk menjadi juara tatkala Villa mendahului dengan dua jaringan gol mudah. Namun siapa sangka adegan dramatik berlaku dengan cukup pantas dalam masa yang singkat di Stadium Etihad.

City bermula dengan baik apabila melakukan serangan berbahaya melalui Phil Foden pada minit ke-24 namun sepakan beliau sedikit tersasar ke bahagian kiri gawang gol Villa.

Namun, tidak lama selepas itu Villa memberikan respon pantas melalui serangan bahagian kiri dengan hantaran silang bek kiri, Lucas Digne berjaya mendapatkan Matty Cash yang mudah menanduk masuk bola pada minit ke-37.

Asakan demi asakan dilakukan City namun buntu untuk menembusi pertahanan Villa sehingga wisel penamat separuh masa pertama ditiupkan.

Babak kedua bermula dengan City melakukan serangan bertali arus namun Villa juga melakukan serangan balas yang sesekali mendatangkan bahaya kepada gawang City. Namun pada minit ke-69, Countiho berjaya menambah gol kedua Villa selepas bijak melepasi kawalan John Stones dan melepaskan rembatan deras.

Tetapi, tatkala penyokong City sudah mulai resah, pemain gantian Ilkay Gundogan berjaya mendapatkan gol kebangkitan pertama hasil tandukkan beliau selepas Sterling melakukan hantaran silang ke kawasan kotak penalti Villa pada minit ke-75.

Selang 3 minit kemudian, Zinchenko yang bijak mengatasi Cash telah melakukan hantaran kepada Rodri yang terus melakukan rembatan deras menewaskan penjaga gawang Villa, Olsen bagi menyamakan kedudukan 2-2 di minit ke-78.

Setelah harapan berjaya dihidupkan semula, minit ke-81 menjadi detik kebangkitan City apabila Gundogan menjaringkan gol ketiga serta gol kedua peribadi beliau malam itu dan menjadi wira kebangkitan dramatik City.


Aston Villa yang dipimpin bekas pemain Liverpool, Steven Gerrard terpaksa akur dengan kekalahan yang menyaksikan City menjadi juara Liga Perdana Inggeris buat kali ke enam dalam sejarah kelab.

Penafian – Semua artikel admin share dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “Bangkit Selepas Ketinggalan, Manchester City Menjuarai EPL Dengan Penuh Dramatik!” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia