Man Kidal Sakit Belakang Akibat Cyst


Gitaris popular Man Kidal baru-baru ini dilaporkan.enjalani pembedahan membuang cyst di belakang badannya.

Dia dikatakan tidak pernah menyangka sakit belakang yang dialaminya selama 15 tahun adalah diakibatkan oleh cyst.


“Ada dua cyst di bahagian kanan belakang saya. Pada awalnya, saya pun tak tahu itu adalah cyst sebab ia dah ada sejak 15 tahun lalu.

“Ia mula menyebabkan rasa sakit dan tak selesa. Saya ingatkan sekadar sakit belakang biasa, jadi saya letak minyak urut yang panas untuk kurangkan rasa sakit. Tak sangka pula, minyak panas itu menyebabkannya jadi lebih teruk dan saya terpaksa menjalani pembedahan. Alhamdulillah, sekarang semuanya dah okay,”

Dia turut berkongsi tentang kondisi kesihatannya yang terkesan sejak terkena jangkitan varian Delta tahun lalu.


“Tahun lalu, saya dijangkiti varian Delta dan memang sangat teruk. Pada awalnya, saya dah hampir berputus asa kerana ia mengganggu psikologi saya. Saya dah anggap saya tak ada harapan untuk hidup dan hanya fikirkan kematian.

“Kesan jangka panjangnya pun agak teruk dan mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk saya pulih sepenuhnya antaranya dari sudut tenaga apabila saya jadi cepat penat,”




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3