“Malulah saya macam ni..” Dakwa Rambut Rosak, Berisiko Botak, Sekali Ini Tindakan Siti Jamumall kepada Salon


“Jahanam rambut saya. Sekarang dah nipis, sampai nak hilang semua. Boleh tengok dah nak botak.”

Itu luahan rasa sedih dan geram pempengaruh atau influencer yang juga ahli perniagaan, Siti Jamumall apabila pendandan rambut di sebuah salon di Johor Bahru didakwa membuat kesilapan ketika dia mendapatkan perkhidmatan mewarnakan rambut, semalam.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI


Susulan itu, Siti Jamumall, 23, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Tapi saya tahu dia takkan mampu bayar kalau nak kira berapa pendapatan yang saya dapat sebaik saya ‘hidup’. Jadi saya harap mereka boleh bertanggungjawab.

“Kalau betul-betul tak nak buat rambut pelanggan, jangan buat. Rambut saya sihat dan tiada masalah sebelum ini,” katanya.

Perkongsian sama turut dikongsi Siti Jamumall menerusi posting di Tik Tok yang telah menerima ratusan komen daripada orang ramai.

“Malulah saya macam ni..” Dakwa Rambut Rosak, Berisiko Botak, Sekali Ini Tindakan Siti Jamumall kepada Salon 1

Siti Jamumall berkongsi masalah yang lebih besar iaitu kebotakan sekiranya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu.

“Penata rambut itu melunturkan rambut saya selama lebih sejam. Bila saya tanya, dia kata perkara biasa. Masing-masing tidak mahu bertanggungjawab sehingga saya ‘hidup’.

“Ketika itu semua huru-hara datang untuk melakukan rambut saya. Tetapi, saya tidak tahu sama ada saya boleh selamat semula atau tidak. Rambut ini adalah mahkota setiap wanita. Sangat sedih dengan apa yang berlaku.

“Kawan saya yang bekerja di salon tu cakap lepas dua minggu rambut saya boleh botak. Kalau tengok sekarang macam mana? Hampa nampak kulit kepala. Rambut saya jadi pendek dan banyak patah.

“Dia buat banyak kesilapan, mula-mula dia biarkan rambut saya dalam keadaan ‘bleach’ lebih sejam, dia biarkan sahaja. Lepas tu pasang ‘hitter’. Saya pun tak tahu semua ni. Saya percaya sebab dia kata. dia mempunyai pengalaman tujuh tahun dalam bidang ini,” katanya.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3