Ketika rakyat Malaysia semua memakai baju Melayu bagi menyambut hari raya, lain pula dilalui pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang perlu menyarung sut perlumbaan untuk menghadapi Grand Prix (GP) Perancis pada Ahad ini.
Pelumba NTS RW Racing MalaysianGP ini akan beraksi pada pusingan kelima Kejohanan Motosikal Dunia itu yang berlangsung tiga hari selepas 1 Syawal namun dia perlu turun pada sesi latihan bebas bermula Jumaat ini.
Meskipun hari raya, Hafizh mengakui perlu cekal kerana itu adalah pilihan kariernya, malah sudah beberapa kali dia terpaksa beraya di luar negara kerana komitmen dengan perlumbaan.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
“Jika anda bertanya saya, memang tak ada yang seronok pun beraya di luar negara sebab tak ada keluarga bersama dengan saya sekali.
“Nikmat beraya yang paling seronok mestilah kalau beraya di Malaysia kerana selain dapat bersama keluarga, kita juga dapat merasai juadah raya seperti ketupat dan rendang di kampung,” ujar Hafizh Syahrin lagi.