Malaysia Ke Final Piala Raja Thai!


Ketangkasan Syihan Hazmi di pintu gawang gol membawa Harimau Malaya ke perlawanan akhir Kejohanan King’s Cup sejak 1978 bagi mengatur pertemuan dengan pasukan di tangga ke-109 dunia, Tajikistan, Ahad ini.


Kemenangan Malaysia hadir menerusi penentuan sepakan penalti dengan tuan rumah, Thailand gagal apabila penjaga gawang Negeri Sembilan itu merebahkan badan ke sebelah kanan untuk menghalang tendangan Supachok Sarachat sebelum Corbin Ong Lave’re menyempurnakan tendangan kelima.

Kesungguhan pemain untuk mengikut percaturan ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon bermula seawal minit pertama lagi. Tekanan bertali arus pemain layak dipuji pada awal permainan.

Sila Baca Disini : Vinicius Junior Digelar Monyet!


Malaysia Ke Final Piala Raja Thai!

Malah, skuad Gajah Perang menerima tamparan awal apabila bintang utama di bahagian serangan, Chanatip Songkrasin meminta dikeluarkan berikutan kecederaan yang ditanggungnya pada bahagian peha.

Situasi itu memberi peluang kepada pasukan negara untuk menguasai perlawanan dan seterusnya merobek gawang lawan apabila tampanan kaki kidal Corbin-Ong dari menerima bola lambungan rakannya di peringkat kelab, Safawi Rasid.

Malaysia selaku juara empat kali meneruskan tempo hampir sama dalam separuh masa kedua biarpun mengambil sedikit masa untuk mengimbangi penguasaan Thailand.


Di sebalik Darren Lok hampir meledak gol penyamaan, pemain muda Thailand iaitu Suphanat Mueanta, dua kali melepasi perangkap ofsaid pertahanan yang dipimpin Dion Cools hingga memaksa kecemerlangan Syihan diterjemahkan.

Pan-gon kemudian menukar trio serangan tetapi insiden kekasaran telah mengundang kad kuning buat pemain kedua-dua pasukan sebelum kerancakan permainan dapat diteruskan.

Namun, insiden kad kuning kedua yang dilayangkan kepada pemain tengah negara, Nor Azam Azih dalam masa kecederaan memberi kesempatan kepada Thailand untuk mengikat kedudukan dengan tandukan Pansa Hemviboon, seterusnya memaksa perlawanan untuk ditentukan dengan sepakan penalti.


Ketenangan pemain Malaysia yang mengambil sepakan penalti ternyata membuahkan hasil apabila semua sepakan berjaya dijaringkan dan ketangkasan Syihan menjadi picu kemenangan Malaysia.

Sementara itu, Tajikistan telah memadam kelebihan awal Trinidad and Tobago untuk menang 2-1 dan seterusnya layak ke final.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3