Malaysia Dapat Slot Automatik!


AFC Champions League. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Misi Kejar Slot AFC Champions League

Kemenangan pasukan Kuala Lumpur (KL City) ke atas kelab Vietnam, Viettel FC melalui penentuan sepakan penalti 6-5 pada aksi separuh akhir Piala AFC 2022 Zon Asean semalam melonjakkan mata AFC MA Ranking Malaysia yang kini menduduki tangga ke-4.


Berdasarkan perkongsian Footy Ranking, hasil kemenangan tersebut, Malaysia telah mengutip 0.512 mata. Kedudukan ini memberikan lebih banyak slot untuk pasukan Liga Malaysia dalam pertandingan AFC Champions League (ACL) musim 2024/25.

Ia bermakna Liga Malaysia sah diberikan slot 2+2 iaitu 2 slot automatik ke peringkat kumpulan ACL dan 2 slot lagi  ke peringkat play-off.

Jika mengambil kira mata yang diperolehi oleh pasukan Kuala Lumpur (KL City), Malaysia kini telah mengumpulkan 46.343 mata secara keseluruhan dan berada dikedudukan ke-4 Asia Timur dibelakang Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong.


Walaupun kelab Thailand, BG Pathum masih beraksi di pusingan kalah mati ACL 2022 yang bermula pada 18 Ogos ini, namun peluang mereka untuk memintas Malaysia sangat tipis kerana perlu mara hingga ke final.

Vietnam sudah pasti tidak akan menambah sebarang mata kerana tiada kelab mereka yang layak ke peringkat seterusnya dalam saingan ACL atau Piala AFC ketika ini.

Selain KL City, juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) juga merupakan penyumbang terbesar untuk mata AFC MA Ranking.


Selepas tamat perlawanan peringkat kumpulan ACL bulan lalu, JDT berjaya mengumpulkan 16 mata termasuk 3 mata bonus layak ke pusingan kalah mati. Ini juga adalah jumlah mata yang paling banyak dikutip oleh sesebuah MA untuk saingan kelab Asia setakat ini.

Malah, Malaysia juga berpeluang menambah lebih banyak mata jika JDT lakar kejutan mara hingga ke peringkat suku akhir atau separuh akhir manakala KL City menewaskan PSM Makassar pada perlawanan akhir Piala AFC Zon Asean pada 24 Ogos ini.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3