Maksud Status BPN Dalam Proses

Menjadi persoalan dan perbualan hangat mengenai status BPN “Dalam Proses” baru-baru ini terutamanya bagi permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional.

Apa Maksud Status BPN Dalam Proses?

Menurut Malaysia Government Call Centre (MYGCC) jika status anda masih “Dalam Proses” bermaksud permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakkan oleh LHDN sama ada anda LULUS atau GAGAL belum diputuskan lagi.

Contoh Situasi

Pak Abu melayari laman portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pada 1 April 2020. Dia telah menyemak status kelulusan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) namun tiada rekod dipaparkan.

Maka beliau telah mendaftar permohonan baru dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan permohonan tersebut diterima oleh LHDN selepas beberapa hari.

Pihak LHDN pula menerima permohonan tadi dan memberi paparan permohonan diterima. Selepas beberapa hari Pak Abu mendapati status telah bertukar kepada ‘DALAM PROSES ‘.

Pak Abu hanya perlu bertenang dan menunggu makluman tentang semakan kelulusan permohonan baru BPN dan jika lulus permohonan, maka Pak Abu akan mendapat BPN pada bulan Mei 2020.

Jadi untuk anda menyemak tarikh-tarikh terkini fasa 2 bpn boleh rujuk sini “Tarikh Bayaran Fasa 2 BPN

Categories Bantuan

1 thought on “Maksud Status BPN Dalam Proses”

Leave a Comment