Maklumbalas Kid Search Mengenai Pengunduran Amy Search.


Terdahulu gempar diperkatakan apabila Amy telah membuat satu pengumuman mengejutkan dunia industri tanah air apabila dia secara rasmi telah mengundurkan diri sebagai vokalis kumpulan Search.

Dengan menjelaskan bahawa keputusan itu sudah lama difikirkan sejak lama dahulu dan telah membuat keputusan muktamad untuk kebaikan bersama termasuk memberi peluang buat anggota Search yang lain supaya tidak menghalang lagi perjalanan karier mereka semua.

Malah disaat itu juga Amy juga mengakui bahawa usianya sudah mencecah 62 tahun dan sebagai penyanyi rock mungkin kualiti vokalnya juga tidak sama seperti pada usia 26 tahun.

Dan  secara rasminya mengumumkan untuk mengundurkan diri sebagai vokalis Search pada tahun 2020 malah ada juga khabar yang mengatakan bahwa punca pengunduran Amy adalah berikutan masalah disiplin dalam kalangan ahli muzik terkenal itu

Mendapat maklumbalas daripada pemain gitar kumpulan Search, Kid dan Din mengakui kecewa dengan tindakan Amy yang menjadikan masalah tersebut sebagai punca pengunduran dirinya.

Kid atau nama sebenarnya Hamzah Mohd Taib masih  enggan mengulas lanjut tentang hal berkenaan memandangan ia bersifat peribadi dan ia sepatutunya diselesaikan sesama mereka sendiri secara aman dan juga berkumpulan.

Kalau boleh, saya tidak mahu sebut sangat tentang hal ini. Rasanya lebih sesuai jika kami berhubung sesama sendiri dan berbincang. Hal ini soal dalaman, nanti kalau berbalas ia akan berpanjangan.

Dalam pada itu ada penyataan yang memaklumkan bahawa Kid dan Din sering tidak hadir pada sesi latihan dan promosi album dan Din juga tidak menghabiskan bahagiannya ketika rakaman lagu Katharsis yang diterbitkan pada 2017.

Namun kid tidak membuat sebarang penyataan terhadap tuduhan itu malah mendiamkan diri kerana tidak mahu perkara itu belanjutan.

Saya tidak suka personal attack, you come and see me. Kita family, ada problem kita bincang.

Baru-baru ini Kid telah memberi rekasi terhadap kemahuan Amy untuk menggunakan nama Search pada kumpulan baharu yang ditubuhkan hasil anggota asal iaitu Nasir Daud, Hillary Ang dan Man Kidal.

Dalam penyataan itu Kid bertanyakan tentang pengunduran dan kesesuaian dengan pemakaian nama Serach lagi kepada Amy.


“Siapa yang buat pengunduran? Saya rasa pertanyaan saya itu sudah menjawab persoalan. Dia dah keluar, jadi sesuai atau tidak dia gunakan nama tersebut jika sudah berundur?” kata Kid

Dan dalam perkembangan terbaru , kumpulan Search telah mengumumkan kedatangan vokalis baharu kumpulannya iaitu Denden Gonjales dari Indonesia.

Dalam pada itu, Amy pernah menjelaskan dia bukannya berundur dari industri hiburan, cuma tidak lagi menjadi vokalis kumpulan rock tersebut. Amy juga berkata dia akan terus menyanyikan lagu Search dalam persembahannya selepas ini.

Sekadar info,Kumpulan Search ditubuhkan pada tahun 1981 dan antara kumpulan rock paling ‘legend’ di Malaysia. Agak sedih juga apabila Amy tidak lagi menjadi vokalis kumpulsn tersebut kerana telah lama berkongsi rasa dan kisah dalam perjuangan mereka mengekalkan kehebatan kumpulan tersebut hingga kini.

Penafian – Semua artikel kami kongsikan diatas merupakan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Maklumbalas Kid Search Mengenai Pengunduran Amy Search.” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.