Nak Tidur Yang Nyenyak dan Lena ? Jom Cuba 4 Jenis Makanan Ini


Insomnia yang  terjadi kepada seseorang indiviidu mampu memberikan kesan buruk pada kesihatan tubuh badan hingga menyebabkan individu tersebut menjadi stress , penat dan tidak fokus dalam melakukan aktiviti harian. Untuk mendapatkan tidur nyenyak setiap malam, tentu ada beberapa perkara yang perlu anda amalkan.

Bagi mendapatkan tidur yang lena banyak faktor yang perlu dititikberatkab belum tidur seperti kebersihan dan suasan bilik tidur , pakaian serta pemakanan,

Terdapat beberapa makanan yang bole membantu seseorangtidu dengan lebih lena dan nyenyak hingga ke subuh seperti :

1. Kacang badam
Nak Tidur Yang Nyenyak dan Lena ? Jom Cuba 4 Jenis Makanan Ini 2

Kacang badam adalah salah satu kacang yang mempunyai pelbagai nutrisi yang sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan. Ia telah diamalkan dari zaman silam lagi.

Menurut kajian nutrisi, segenggam biji badam sangat bagus diamalkan setiap hari kerana ia mengandungi nutrisi seperti protein, lemak sihat tidak tepu, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, biotin, riboflavin, niacin, zat besi, vitamin E tocopherol dan banyak lagi. Ia juga dilabelkan sebagai kudapan yang tinggi bahan antioksida.

Nutrisi dalam kacang dapat membantu untuk melenturkan otot – otot tubuh dan saraf pada otak punca kepada insomnia. Beberapa kajian mendapati bahawa nutrisi pada almond MAMPU menjaga kestabilan paras gula darah ketika seseorang sedang tidur. Untuk dapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, cubalah untuk mengamalkan kacang badam sekurang-kurangnya 5 – 7 butir setiap hari.

Biji kacang badam yang dipanggang boleh dimakan begitu saja, atau ia dikisar untuk dijadikan serbuk bagi untuk masakan atau minuman. Kandungan lemak sihat didalamnya sangat baik untuk kesihatan kerana 90% dari lemak dalam badam adalah lemak tidak tepu

2. Buah pisang
Nak Tidur Yang Nyenyak dan Lena ? Jom Cuba 4 Jenis Makanan Ini 3
Untuk mendapakan tidur nyenyak dan berkualiti setiap malam , amalkan makan buah pisang 2 ke 3 jam sebelum tidur malah buah pisang kaya dengan kalium, magnesium dan beberapa mineral yang baik untuk otot semasa tidur. Kajian juga mendapati, pisang juga mengandungi vitamin B dalam kadar yang tinggi dan sangat membantu dalam menenangkan sistem saraf serta membantu membantu tidur yang lebih nyenyak.
3. Telur Rebus
Nak Tidur Yang Nyenyak dan Lena ? Jom Cuba 4 Jenis Makanan Ini 4
Melalui kajian , kekurangan protien dalam tubuh boleh menjadi penyebab kepada gangguan tidur dan badan seharusnya mengambil protien yang mencukupi bagi mengelakkan perkara itu terjadi.
Telur menjadi pilihan utama sangat mudah disediakan dan menjimatkan ..Cara yang paling mudah ialah dengan merebus 2 buji telur dan dimakan beberapa jam sebelum tidur untuk mendapatkan tenaga yang mencukupi bagi aktiviti harian.
4. Buah Ceri
Nak Tidur Yang Nyenyak dan Lena ? Jom Cuba 4 Jenis Makanan Ini 5
Buah ceri mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan malah menjadi salah satu buah yang mampu membantu seseorang untuk mendapatkan tidur nyenyak serta berkualiti karena mengandungi zat melatonin yang tinggi.
Hanya perlu mengambil segelas jus ceri sebelum tidur dan badan akan merasa lebih mengantuk dan tidur akan lebih cepat tanpa perlu berpusing2 untuk melayan mata.

Malah ceri juga mempunyai sumber antioksidan dan senyawa anti-inflamasi yang kuat yang mana ia mampu manjaga kesihatan dengan melambatkan penuaan dan mengelakkan penyakit kronik , seperti sakit jantung ,kanser, Alzheimer, diabetes, dan obesiti.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3