Makanan Ini Bole Sebabkan Tubuh Bermasalah , Adakah Benar Atau Sekadar Mitos


Makanan adalah salah satu sumber yang diperlukan untuk hidup. Pelbagai makanan yang boleh dimakan dan semuanya mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri.

Namun terkadang pengambilan makanan tersebut secara berlebihan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap tubuh badan manusia malah boleh menjadi penyakit yang berbahaya .

Adakalanya kita takut hendak ambil satu-satu makanan itu kerana bimbang memudaratkan tubuh badan kita. Tak kurang juga ada makanan yang dikaitkan dengan kecantikan kulit, tak kurang juga dengan masalah bau badan.

Terdapat beberapa mitos dan salah faham mengenai makanan menyebabkan ramai tidak mengambil makanan tersebut kerana bimbang akan kesihatan mereka namun pada dasarnya makanan itu mempunyai kelebihan dan bagus untuk tubuh badan.

 

1. Bawang punca badan berbau.

 

Makanan Ini Bole Sebabkan Tubuh Bermasalah , Adakah Benar Atau Sekadar Mitos 2

Jangan takut makan bawang kerana bawang bukan punca badan anda berbau. Bau badan muncul apabila peluh bercampur bakteria yang hadir pada lipatan tubuh seperti ketiak.

Bawang hanyalah penyebab suhu tubuh badan meningkat sehingga membuatkan anda berpeluh tetapi bukan penyebab kepada bau badan.

 

2. Biji jambu punca sakit usus?

 

Makanan Ini Bole Sebabkan Tubuh Bermasalah , Adakah Benar Atau Sekadar Mitos 3

 

Terdapat kenyataan tentang memakan biji jambu boleh menyebabkan masalah pada usus dan perut . Hakikatnya, penyakit usus adalah disebabkan oleh hadirnya bakteria patogen yang menjangkiti usus besar.

Biji pada jambu tidak mungkin tersumbat di dalam usus kerana biji jambu kan keluar ketika membuang air besar.

 

3. Timun punca keputihan.

 

Makanan Ini Bole Sebabkan Tubuh Bermasalah , Adakah Benar Atau Sekadar Mitos 4

Kaun wanita sering dipesan agar tidak memakan timun kerana khuatir berlaku keputihan tetapi sebenarnya keputihan terjadi disebabkan keadaan alat sulit yang lembab dan tida bersih sehingga menyebabkan pertumbuhan bakteria.

Sebenarnya  timun tidak mengandungi  sebarang bahan yang boleh menyebabkan keputihan dan kegatalan kepada vagina .

 

4. Lemon / limau nipis dicampur dengan kicap.

 

Makanan Ini Bole Sebabkan Tubuh Bermasalah , Adakah Benar Atau Sekadar Mitos 5

Makanan masam sering dikatakan menjadi penyebab kepada sakit perut dan perlu dielakkan jika tidak mahu terkena gastrik.

Mengambil perahan limau nipis atau lemon dan ditambah dengan kicap untuk menyembuhkan batuk dalah sangat digalakkan dan berkesan untuk merawat batuk.

Hal ini kerana, limau atau lemon mempunyai asid tinggi yang dapat membunuh bakteria punca batuk. Kicap pula bertindak sebagai penyeimbang rasa masam dari limau nipis atau lemon.

 

5. Buah salak punca sembelit.

 

Makanan Ini Bole Sebabkan Tubuh Bermasalah , Adakah Benar Atau Sekadar Mitos 6

Ramai orang yang menjauhi buah salak kerana khuatir najis akan menjadi keras dan menjadi sukar untuk membuang air besar walaupun buah ini mempunyai rasa yang luar biasas sedap.

Buah salak sebenarnya mempunyai kandungan serat yang tinggi dan bagus sehingga memudahkan anda membuang air besar dengan lancar.

 

6. Bayam punca urat timbul.

 

Makanan Ini Bole Sebabkan Tubuh Bermasalah , Adakah Benar Atau Sekadar Mitos 7

Semua jenis sayuran dan buahan mempunyai fungsi yang baik bagi keperluan tubuh badan manusia malah bayam mengandungi banyak serat untuk melancarkan pencernaan. Sakit urat adalah berpunca daripada toksin yang banyak serta pengambilan garam berlebihan.

 

7. Buah nenas punca gugur.

 

Makanan Ini Bole Sebabkan Tubuh Bermasalah , Adakah Benar Atau Sekadar Mitos 8

Keguguran selepas makan buah nenas telah menjadi ikutan sejak turun temurun sehingga buah ini dilarang untuk dimakan leh wanita yang mengandung dan sedang dalam proses mendapatkan anak .

Namun kenyataannya , nenas mengandungi enzim bromelain yang mampu mencerna protein di dalam makanan agar lebih mudah terserap oleh tubuh. Secara tidak langsung, janin berkembang dengan baik kerana cukup zat. Mengambil nenas juga membantu mengurangi masalah kolesterol dalam darah, diabetes dan penyakit jantung.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3