Majlis Uqasha Dan Kamal Didakwa LAnggar SOP , Micheal Ang Sedia BEri KErjasama.


Setelah tiga minggu majlis berinai dan persandingan Uqasha dan Kamal  berlangsung di Puncak Dani, Genting Highlands, Pahang pada 15 Disember lalu  tetapi baru kini tular dakwaan bahawa majlis tersebut tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan .

Dan perkara ini telah mendapat maklumbalas daripada Pengarah Michael Ang yang mana dia sedia memberi kerjasama kepada pihak polis susulan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis perkahwinan pasangan selebriti tersebut.

Miheal Ang yang juga hadir semasa majlis berinai dan resepsi tersebut menjelasakan bahawa setiap tetamu yang hadir perlu mengimbas kod MySejahtera dan setakat ini tiada tetamu dimaklumkan positif Covid-19.

Dan sehingga kini , Alhamdulillah tiada tetamu yang disahkan positif Covid-19 atau dimaklumkan positiver daripada kalangan kontak rapat dengan tetamu yang hadir. Semua yang hadir juga wajib mengimbas kod MySejahtera sebelum memasuki perkarangan dewan.

Malah mengatakan bahawa semua yang hadir perlu menjalani ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu sebelum hadir ke majlis tersebut bagi mengelakkan penyebaran wabak berkenaan.

Dia yang bertegas akan memberi kerjasama sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis bagi memudahkan proses siasatan dilakukan,

Jelas Michael lagi, majlis yang diadakan Uqasha dan Kamal berlangsung dengan aman dan bahagia sekaligus dia berharap tiada pihak cuba membesar-besarkan isu terbabit malah merasakan kes banjir dan rompakan yang berlaku di negara ini perlu lebih diberi perhatian.

Namun jika terdapat kluster Covid-19 pada majlis terbabit boleh lah jika nak ambil perhatian” katanya.

Dalam pada itu ,usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Uqasha dan Kamal gagal apabila pasangan dan keluarga terdekatnya sedang menunaikan ibadah umrah beberapa hari lepas dan tidak dapat dihubungi.

Penularan dakwaan ini berlaku apabila 27 Disember lalu, polis menerima satu laporan berhubung video tular majlis perkahwinan Uqasha dan Kamal yang didakwa tidak mengikut SOP.


Menerusi video yang tular, pihak polis mendapati terdapat tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan sosial semasa berada di majlis berkenaan.

Penafian – Semua yang kami kongsikan dihalaman ini hanyalah tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Majlis Uqasha Dan Kamal Didakwa LAnggar SOP , Micheal Ang Sedia BEri KErjasama.” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia