Home » Gosip Artis Malaysia » Majlis Haqiem Rusli Menelan Belanja Hampir Rm 7 Juta. Ini Sebabnya.

Majlis Haqiem Rusli Menelan Belanja Hampir Rm 7 Juta. Ini Sebabnya.

Haqiem Rusli, 24 yang juga Penyanyi Popular Malaysia hari ini telah selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Anis Sofea, 19, dengan dua kali lafaz di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya pada jam 3.40 petang tadi.

Merpati dua sejoli ini telah dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan, bersaksikan keluarga tercinta dan kenalan rapat pasangan serta pihak media yang dijemput khas.

Ridzuan Haqiem bin Rusli atau nama penanya HAqiem Rusli telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan hantaran sebanyak Rm100,000 serta lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada pasangan tercinta Wan Anis Sofea binti Wan Zamzuri, atau lebih mesra disapa Anis Sofea.

Majlis perkahwinan dan resepsi adalah secara tertutup yang bertemakan “Wedding in the Sky” atau “Raikan Cinta di Langit Asmara” bertempat di skyGlass Cyberjaya dengan dihadiri oleh 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli  keluarga dua belah pihak, sahabat terdekat dan pihak media yang terlibat.

Meraka telah memlilih majlis pernikhan yang bertemakan “Garden Wedding” beronakan warna putih dan hijau taman pula diolah oleh Mega Bridal Creations.

Manakala pasangan ini telah mengenakan busana indah dari pereka, Razman Razmi.

Untuk Majlis Resepsi pula, mereka memlilih tema “The SOFEA” , berinspirasikan Floral Garden” persis taman di kayangan dalam rona pastel yang elegan dan mewah yang diilhamkan daripada minat Anis kepada fesyen dan drama Korea dan baju busana rekaan Rizman.

Malah Haqiem dan pasangannya turut diraikan oleh jenama terkenal iaitu HABIB Jewels dengan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5 juta bagi kedua-dua majlis.

Dan untuk tanda perkahwinan mereka, pasangan ini telah memilih Cincin berlian Hearts of Fire yang merupakan berlian terbaik di dunia. Persalinan kedua mempelai untuk majlis pernikahan dan persandingan dilengkapi koleksi berlian daripada HABIB JEWEL. Nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan lebih RM7 juta.

Semoga berkekalan dan bahagia hingga ke syurga.

Untuk info : Aras 22 SkyPark Cyberjaya, skyGlass Designer Event Hall merupakan dewan acara berprestiij berkonsepkan “Glasshouse” dan “Modern Victorian” yang menawarkan pemandangan panorama 360 darjah seluruh Cyberjaya, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur City Centre.

Penafian – Bahan yang portalamalaysia kongsikan diatas merupakan panduan dan rujukan yang berkaitan dengan “Majlis Haqiem Rusli Menelan Belanja Hampir Rm 7 Juta. Ini Sebabnya.” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes