MAIDAM: Cara Mohon Bantuan & Semakan Status Zakat Online


Jika anda merupakan anak Terengganu, anda layak membuat permohonan bantuan MAIDAM (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) berdasarkan syarat-syarat tertentu.

8 Asnaf Yang Layak


Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Wang Zakat yang dibayar kepada MAIDAM diagihkan kepada 8 asnaf yang layak menerima zakat.

Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat beserta skim bantuan yang disediakan oleh pengurusan MAIDAM :-

1. Faqir


Bermaksud orang Islam yang tidak mempunyai sumber pendapatan atau mempunyainya tetapi hanya mampu memenuhi sebahagian kecil sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Kewangan / Saraan Bulanan
  • Bantuan Sempena Ramadhan
  • Agihan Terus Kepada Fakir Melalui Pengeluar Zakat
  • Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
  • Bantuan Dermasiswa IPT Dalam Negara
  • Bantuan Makanan / Keperluan Harian

2. Miskin


Bermaksud orang Islam yang mempunyai sumber pendapatan yang hanya memenuhi sebahagian sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Kecemasan / Bencana
  • Bantuan Membina dan Membaikpulih Rumah
  • Bantuan Sempena Ramadhan
  • Agihan Terus kepada Miskin Melalui Pengeluar Zakat
  • Bantuan Kursus / Latihan Untuk Anak-anak Miskin
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Modal Bahan Mentah untuk Perniagaan
  • Bantuan Sara Hidup
  • Bantuan Serta Merta
  • Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
  • Bantuan Sewa Rumah
  • Bantuan Makanan / Keperluan Harian

3. Amil


Bermaksud Individu atau organisasi yang dilantik oleh MAIDAM, yang bertanggungjawab menjalankan urusan berkaitan zakat.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Ambilan Terus oleh Amil
  • Bantuan mengadakan Pelbagai Kursus

4. Ar-Riqab


Bermaksud memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu atau sesuatu kemudaratan.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Pengurusan Rumah Perlindungan Pesakit Kronik / HIV
  • Bantuan Pengurusan dan Rawatan di Pusat Hemodialisis

5. Al-Gharimin


Bermaksud golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum Syarak.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan golongan yang terpaksa berhutang untuk keperluan asas
  • Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris

6. Fisabilillah


Bermaksud mana-mana orang Islam atau pihak yang melibatkan diri atau mengadakan aktiviti dalam menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta meningkatkan penghayatan tentangnya sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat Islam.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Sumbangan Tabung Perkhidmatan Pendidikan Luar Negara
  • Bantuan Pengurusan Rumah Anak Yatim MAIDAM
  • Bantuan Pendidikan Dalam Negara
  • Bantuan Pendidikan Luar Negara

7. Ibnu Sabil


Bermaksud mana-mana orang Islam yang berhasrat atau sedang bermusafir atau terkandas di dalam perjalanan yang memerlukan bantuan bagi maksud-maksud yang dibenarkan oleh hukum Syarak dari atau ke mana-mana jua negeri atau negara.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Tambang Kepada Pelajar Luar Negara
  • Bantuan Kepada Orang Yang Terkandas dalam Perjalanan

8. Muallaf


Bermaksud seseorang yang dijinakkan hatinya dan telah memeluk agama Islam, tetapi tahap keimanannya masih lemah.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Saguhati Memeluk Islam
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Kelas Bimbingan
  • Bantuan Aktiviti / Program Muallaf
  • Bantuan Pengajian Muallaf

Bantuan / Agihan Mengikut Sektor


Berikut adalah bantuan-bantuan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kepada asnaf-asnaf yang berkelayakan :

1. Sektor Sosial dan Kemanusiaan

  • Bantuan Bulanan.
  • Bantuan Sara Hidup.
  • Bantuan Baikpulih Rumah / Bina Rumah Baru.
  • Bantuan Perubatan / Hemodialisis.
  • Bantuan Kecemasan/Bencana.
  • Bantuan Berhutang.
  • Bantuan Sewa Rumah.
  • Bantuan Serta-Merta.
  • Bantuan Sempena Ramadhan.
  • Bantuan Pusat Pemulihan / Rumah Perlindungan.
  • Bantuan Pengurusan Jenazah Tanpa Waris.
  • Bantuan Masjid Surau.

2. Sektor Pendidikan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

  • Bantuan Awal Pengajian Pusat Kemahiran dan IPT.
  • Dermasiswa dan Bantuan Am Pelajaran IPT
  • Program Memartabatkan Institusi Ulama’
  • Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT.
  • Bantuan Persatuan Pelajar Terengganu di IPT.
  • Bantuan Program Keagamaan Di IPT Dalam Negeri .
  • Bantuan Persekolahan.
  • Latihan Kemahiran Anak Asnaf.
  • Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar dan Pengurusan Pondok / Madrasah.
  • Bantuan Kem Akademik Pelajar Sekolah.
  • Bantuan Program Keagamaan Dalam Negeri.

3. Sektor Ekonomi dan Keusahawanan

  • Bantuan Modal Berdikari / Perniagaan.
  • Kursus Keusahawanan Asnaf.

4. Bantuan Saudara Kita (Muallaf)

  • Saguhati Hari Raya
  • Bantuan Kewangan Bulanan
  • Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas
  • Bantuan Sewa Rumah
  • Dermasiswa Muallaf
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Umum Pelajaran
  • Pembinaan Rumah Individu
  • Saguhati Galakan Saudara Baru
  • Bantuan Modal
  • Bantuan Perubatan Muallaf
  • Kursus dan Latihan
  • Pengurusan Jenazah
  • Bantuan Berkhatan

Cara Permohonan Bantuan MAIDAM 2020


Langkah Permohonan Bantuan MAIDAM adalah seperti berikut:

  1. Permohonan boleh dilakukan secara online.
  2. Pilih borang permohonan berkaitan untuk dimuat turun melalui http://www.espmb.com/maidam_zakat/
  3. Isi maklumat yang dikehendaki.
  4. Cetak semua borang permohonan.
  5. Hantar borang asal beserta salinan dokumen yang dikehendaki ke Pejabat MAIDAM atau Kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.

Semakan Status Permohonan


Bagi menyemak status permohonan yang telah dibuat, ikuti langkah mudah berikut:

  1. Layari laman web rasmi semakan bantuan MAIDAM di http://www.espmb.com/maidam_zakat/SemakanLoginKP.aspx 
  2. Masukkan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan tanpa tanda sengkang.
  3. Lihat status yang tertera pada skrin.

Maklumat Lanjut





Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3