Sejak beberapa tahun kebelakangan ini , ramai netizen yang suka membanding – bandingkan aktress Fazura dan juga Neelofa sehingga memburukkan reputasi mereka.
Malah mereka juga mempunyai peminat tersendiri dan sering berbalah di media sosial demi mempertahankan aktress kesukaan mereka sehingga meninggalkan komen yang tidak menyenangkan.
Pelbagai perbandingan yang dibuat, tidak kiranya secara peribadi ataupun kerjaya mereka , mereka berdua sering menjadi sorotan dan diperkatakan di media sosial.
Disebabkan perkara itu , pelakon dan model jelita , Izara Aishah tampil menegur sikap segelintir peminat yang kerap menulis komen yang dikatakan sengaja cuba melaga-lagakan hubungan antara dua selebriti tersebut.
Malah Izara turut menyuarakan pandangannya itu selepas mengulang siar satu ciapan yang ditulis netizen mengenai laporan berita tentang Fazura di sebuah akaun Twitter sehingga ianya viral.
NEtizan Suka Menyibuk
“Tapi kalau tak betul niat dia begitu macam mana. Dia ni nak jawab fitnah kat akhirat ni. Sama juga dengan Kak Faz (Fazura).”
“Kalau niat kak Faz post tak ada kena mengena dengan apa yang netizen duk cakap ni, mampos netizen nak jawab kat sana. Banyak sangat orang cuba melagakan mereka tanpa sebab,” katanya lagi.
BACA INI : Riena Diana Dikecam Netizen Selepas Dakwa Lelaki Zaman Sekarang “Sakit Otak”
Izara Aishah atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 29, juga menyatakan bahawa perkongsian netizen itu tidak memberi apa-apa kebaikan kepada mana-mana pihak.
“Dapat apa ya buat tweet, tiktok dan sebagainya berunsur begini? Seronok ke? Ha tunggu sat kat sana seronok ke tak,” katanya lagi.
Namun setelah beberapa ketika , tweet individu tersebut telah dipadam selepas di repost semula oleh Izara dan mungkin kerana mendapat kecaman hebat daripada orang ramai yang bersependapat dengan Izara.