Ousmane Dembele mahu berhijrah? Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Ousmane Dembele sedang mempertimbangkan untuk berpindah meninggalkan Barcelona tetapi Joan Laporta berharap pemain sayap itu akan membuat keputusan untuk kekal di Nou Camp.
Barcelona membayar wang yang banyak berjumlah £105 juta untuk menandatangani Dembele daripada Borussia Dortmund pada 2017 dengan kontrak lima tahun yang diterimanya akan tamat bulan depan.
Bayern Munich, Manchester United dan Chelsea dilaporkan berminat dengan pemain sayap yang memenangi Piala Dunia itu yang boleh didapatkan secara percuma.
Laporta mengakui bahawa Dembele tertarik dengan godaan kelab gergasi yang ditunjukkan kepadanya tetapi presiden Barcelona itu percaya dia boleh memilih untuk kekal di Camp Nou.
“Dia mahu kekal tetapi sangat tergoda dengan pilihan lain yang menawarkan syarat yang mungkin dianggap lebih baik daripada kami.” kata Laporta kepada Radio Catalunya.
“Tawaran itu sudah lama dibincangkan. Mereka akan bertindak balas apabila musim tamat. Kami ingin mendapatkan jawapan lebih awal tetapi kami tidak boleh memaksanya.”
“Jurulatih suka dia dan saya suka dia. Kami telah melakukan usaha yang sangat penting untuk memastikan dia kekal. Dia kelihatan sangat selesa dan mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang. Auba [Pierre-Emerick Aubameyang] telah datang dan mereka sangat rapat sebagai kawan.”
“Dia mempunyai wakil yang mengawal destinasinya tetapi saya harap dia kekal. Jika tidak, kami telah melakukan yang terbaik untuk memujuknya dan perlu melakukan sesuatu dengan mencari pemain baru yang akan mengukuhkan posisi yang dikosongkan itu.”
Pada musim ini, Dembele telah beraksi sebanyak 30 perlawanan untuk Barcelona dan telah menjaringkan 1 gol dan 13 bantuan gol.
Related Posts
- Tempat Menarik Di Besut 2022 | Bukit Keluang, Kolam Air Panas La
- Bangkit Selepas Ketinggalan, Manchester City Menjuarai EPL Dengan Penuh Dramatik!
- Diberikan “Keistimewaan”! Kini Kylian Mbappe Terus Kekal Bersama PSG!
- Red Bull Leipzig “Terkejut” Juara DFB-Pokal! Hanya Bermain Dengan Sepuluh Pemain!
- Mengakhiri Detik 42 Tahun, Eintracht Frankfurt Juara Liga Europa 2022!