SKIM BANTUAN RUMAH LZNK & BIMB 2021 (Pembiayaan Peribadi-i Asnaf Zakat) KINI TELAH DIBUKA!
Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang Skim Bantuan Rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah & BIMB ini, Portal Malaysia akan kongsikan cara membuat semakan kelayakan dan permohonan bantuan ini.
Baca Juga : Tarikh Pembayaran i-Sinar Mei 2021. Semak Sekarang!
Apakah Skim Bantuan Rumah LZNK?
Skim bantuan ini hanya khusus bagi rakyat negeri Kedah yang mempunyai gaji/elaun tetap bulanan antara RM1200 hingga RM1500.
Skim bantuan ini merupakan kerjasama dan strategi bersama Bank Islam Malaysia Berhad bagi membiayai perumahan asnaf melalui Pembiayaan Peribadi – i (Asnaf Zakat).
Syarat Kelayakan Skim Bantuan Rumah LZNK
- Individu yang beragama Islam,
- Warganegara Malaysia dan bermastautin serta bekerja di Negeri Kedah (2 dua tahun sekurangnya)
- Setiap pemohon bersama pasangan hendaklah bergaji/elaun tetap tidak kurang daripada RM1,200.00 dan tidak melebihi RM1,500.00 untuk sebulan serta mempunyai Slip Gaji (pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00)
- Berumur 25 tahun hingga 40 tahun pada tarikh permohonan dibuat dan telah berkahwin.
- Bukanlah penghutang penghakiman atau muflis.
- Pemohon harus mempunyai geran tanah sendiri atau mendapat kebenaran daripada tuan tanah.
- Tapak binaan rumah harus selamat didiami dan bukan di kawasan tanah rizab, tepi sungai, tanah jerlus, atau di kawasan-kawasan yang boleh membahayakan penghuni rumah.
- Mesti melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK dan BIMB
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang permohonan ini hendak diisi menggunakan dengan HURUF BESAR
- Dokumen utama seperti yang dinyatakan perlu disertakan bersama borang permohonan dibawah:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon (Depan & Belakang).
- Salinan Kad Pengenalan / surat lahir bagi semua tanggungan / surat perakuan bagi anak angkat atau anak tiri.
- Salinan sijil perkahwinan, surat cerai / sijil cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan).
- Salinan slip gaji, penyata pendapatan, surat pengesahan pendapatan dan sebagainya (jika berkenaan)
- Bil Elektrik, Air, Telefon dan Lain-lain bil (jika berkenaan)
- Salinan geran tanah bagi tujuan pembinaan rumah
- Salinan Geran Tanah
- Salinan Geran Tanah atas nama pemohon diutamakan
- Surat perjanjian akuan bersumpah (jika tanah milik orang lain/nyatakan hubungan pemilik tanah dengan pemohon)
- Akuan pemohon/pihak kedua/waris dan saksi-saksi (ditanda-tangani di setiap helaian bawah surat perjanjian dan ruangan akuan surat tersebut)
- Surat kebenaran perjanjian menduduki tanah boleh dipohon di Pejabat Zakat yang berdekatan.
- Gambar Rumah Pemohon
- Gambar keadaan rumah semasa anda (4x penjeru, dalam-belakang-tepi-depan)
- Gambar tapak rumah anda
Nota : Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohon sahaja akan dipertimbangkan.
Baca juga: Ini Cara Nak Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad, Jika Anda Terlupa Kad Bank
Tarikh Permohonan
Bermula 3 Mei 2021 sehingga 3 Julai 2021
Muat Turun Borang Permohonan
Boleh dapatkan borang permohonan dengan memuat turun di laman web rasmi LZNK www.zakatkedah.com.my
(Muat turun Borang, KLIK di LINK Bantuan Rumah Peribadi-i Asnaf)
Maklumat Lanjut
Bahagian Operasi Agihan, Jabatan Agihan & Pembangunan Asnaf
Aras 3, Menara Zakat, Jalan Telok Wan Jah
05200 Alor Setar
No Tel : 04-7331740