Luis Suarez Kembali Ke Uruguay!


FC Nacional.  Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Luis Suarez telah mencapai persetujuan untuk kembali ke kelab zaman kanak-kanak beliau iaitu Nacional.

Pemain antarabangsa Uruguay iaitu Suarez yang berumur 35 tahun telah dibenarkan meninggalkan Atletico Madrid pada penghujung musim lalu dan telah dikaitkan dengan beberapa kelab termasuk River Plate dan Borussia Dortmund.

Bagaimanapun, penyerang veteran itu telah memilih untuk kembali ke kelab gergasi Uruguay, Nacional di mana dia memulakan kerjaya profesionalnya pada 2005.


“Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada anda (peminat) atas kasih sayang kepada saya dan keluarga terima sejak kebelakangan ini,” kata Suarez.

“Perkara itu menyentuh hati kami dalam situasi ini di mana kami perlu membuat keputusan. Adalah mustahil untuk menolak peluang ini untuk berpeluang bermain untuk Nacional sekali lagi dan kami mempunyai pra-perjanjian bersama kelab.”

“Dalam beberapa jam akan datang, butiran akan dimuktamadkan dan kami berharap persetujuan yang kami semua inginkan akan dicapai supaya kami dapat menikmati peringkat baharu ini dan berjumpa antara satu sama lain dalam beberapa hari akan datang.”

Suarez berjaya menjaringkan 32 gol dalam 67 penampilan liga sepanjang dua musim bersama Atletico dengan 21 daripada jaringan itu datang dalam kempen LaLiga 2020-21 yang menakjubkan.

Suarez berharap dapat membantu Nacional merampas kembali gelaran Divisyen Primera selepas musuh ketat tradisi, Penarol berjaya menjulang gelaran tersebut tahun lalu.
Disclaimers – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Luis Suarez Kembali Ke Uruguay!” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.