Luahan Hati Seorang Bomba.


Pihak Bomba dan Penyelamat telah sedaya upaya membantu mengeluarkan mangsa banjir dengan menghantar mangsa ke Pusat Penempatan Sementara yang berdekatan .  Malah mereka menggunakan segala cara untuk menyelamatkan mangsa agar tidak lemasa dan dihanyutkan banjir yang melanda di kawasan tertentu. Hanya menggunakan keperluan yang ada dan tidak sempat membuat persediaan yang lengkap .

Ahli bomba yang dalam misi meyelamat tidak mempunyai masa serta ruang untuk merakam video atau mengambil gambar sewaktu misi menyelamat kerana misi ahli bomba adalah untuk menyelamatkan semua mangsa agar tiada kemalangan jiwa berlaku dan bukan berniat untuk memamerkan kerja .

Setelah bertungkus lumus dengan segala peralatan dan cara untuk misi menyelamat ini termasuklah menggunakan sampan malah ada juga bomba yang turun untuk mendukung kanak-kanak dan orang tua semasa misi dijalankan.

Jelas Penolong Penguasa Bomba Mohamad Akmal Mohamad Khairi mengenai kredibiliti ahli bomba yang telah menjadi perbualan di media sosial baru- baru ini , yang mempersoalkan bantuan yang lambat tiba semasa banjir melanda di kawasan mereka.

Mohamad Akmal menerusi laman Facebook miliknya berkata, anggota bomba bertugas mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan KPI yang ditetapkan iaitu mementingkan keselamatan dahulu selain tiak boleh melakukan sebarangan tugas menyelamat tanpa ambil kira soal risiko pada diri sendiri mahupun rakan sepasukan.

Ujarnya, bencana yang berlaku ada kalanya sangat luar biasa hingga membataskan anggota melakukan kerja menyelamat mangsa ditambah lagi dengan kekangan ketika bertugas.

“Kami bertugas dengan anggaran tujuh hingga 12 anggota di setiap balai bagi satu syif. Apabila ada panggilan kecemasan banjir, kami semua akan bergegas ke lokasi panggilan yang pertama dahulu.”

Merasa terkilan apabila ada yang tanpa rasa bersalah telah melemparkan tohmahan dan cacian kepada pihak bomba hanya kerana marah apabila bomba lambat tiba atau tidak datang ke kawasan yang di adukan . Satu pasukan penyelamat terpaksa memberi respon kepada berpuluh malahan beratus panggilan dalam satu masa dan pihak bomba akan mengutamakan kes yang boleh mereka boleh respon bergantung kepada tahap bahaya dan risiko yang bakal dihadapi.

Jelas Mohamad Akmal lagi, pihaknya sanggup mengambil risiko tinggi demi menyelamatkan nyawa orang lain yang dalam bahaya sehingga ada kalanya nyawa mereka pula ibarat di hujung tanduk. Banyak risiko yang bakal dihadapi apabila melakukan misis ini sepertinya lemas, hanyut, dijangkiti kuman merbahaya dan ditimpa atau dilanggar objek dalam banjir sanggup dihadapi untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Dia yang merasa pihak Bomba dan Penyelamat tidak dihargai juga menyatakan bahawa pihak mereka bukanlah petugas penghantar makanan untuk menghantar makanan kepada mangsa malah bukan pemandu peribadi untuk mengambil dan menghantar pada masa yang ditetapkan . Mereka hanya berusaha untuk membantu para mangsa untuk berpindah ke kawasan yang selamat bagi memudahkan urusan menyelamat yang dilakukan.

Belum lagi keadaan yang menguji kesabaran pihak mereka apabila ada juga mangsa yang tidak mahu berpindah dan meminta pelbagai keperluan dihantar kerumahnya walhal air masih belum surut dan bomba hanya datang untuk memindahkan mangsa bukan menghantar makanan atau keperluan.

Berkongsi tentang jam kerja pihak bomba , anggota bekerja 12 jam sehari mengikut shif yang telah ditetapkan tetapi apabila berlakunya bencana, anggota tidak tamatkan syif seperti biasa dan balik tepat pada masanya malah  sanggup bekerja lebih masa tanpa mendapat apa-apa bayaran overtime demi keselamatan nyawa dan harta-benda rakyat.

Bomba juga bahkan kelaparan, kesejukan dan keletihan mental serta emosi. Tapi demi semua mangsa yang terlibat , anggota yang telibat tetap membantu dan mengambil risiko kerana memikirkan nyawa yang perlu diselamatkan.

Malah pernah terjadi apabila pihak kami muncul untuk membantu,tiada langsung sikap ingin menghargai walaupun dengan ucapan terima kasih. Ada juga lebih teruk, pengorbanan anggota yang terlibat dibalas dengan cercaan kerana lambat, malah dikatakan lembab serta makan gaji buta dan macam-macam lagi kata-kata yang menyakitkan hati untuk didengar.


*Pihak Bomba Dan Penyelamat sangat ikhlas dan berusaha dalam segala misi yang ditempuhi , Semoga rakyat menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang murni itu.

Disclaimers – Semua yang portalamalaysia share diatas sekadar panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Luahan Hati Seorang Bomba.” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia