Cara login CIMB Clicks online banking untuk check balance, online transfer, register online, tukar password di www.cimbclicks.com.
Selain MyBSN Online dan Bank Islam Online, CimbClicks antara yang menjadi bank pilkihan untuk buka akaun bank secara online.
Kini ianya lebih mudah, pelbagai transaksi kini boleh dibuat 24 jam seperti bayar bil, transfer duit online, cimb biz channel dan semak baki akaun.
Cara Daftar Akaun Cimb Clicks Online
Sebelum anda daftar online CIMB ini, anda perlu ke bank untuk dapatkan kad beserta pin.
Berikut adalah cara membuka akaun simpanan cimb secara online dan panduan register :
- Pastikan anda telah membuka akaun dengan CIMB di mana-mana cawangan CIMB yang terdekat dengan anda
- Anda akan diberikan kad ATM CIMB
- Pergi ke mesin ATM, daftarkan nombor telefon anda di mesin ATM CIMB untuk membolehkan anda mendapatkan e-pin / pin ATM bagi memudahkan anda mendaftar CIMB clicks online banking Malaysia
- Sebaik sahaja anda register nombor telefon anda dan mendapat e-pin, anda boleh mengikuti cara mendaftar akaun perbankan secara online pula
Daftar CIMB Click Di Telepon
Berikut adalah cara mendaftar CIMB Klik pada telefon :
- Anda perlu memuat turun /download aplikasi CIMB Click melalui Google Playstore atau Apps Store.
- Klik pada aplikasi dan pilih “Register User“.
- Kemudian, masukkan nombor kad kredit atau kad debit anda bersama nombor pin yang sah.
- Masukkan kod keselamatan seperti yang ditunjukkan dalam ruang yang disediakan dan klik butang “Next“.
- Anda akan dapat kod pengaktifan melalui SMS dan sila masukkan kod pengaktifan untuk pengesahan.
- Seterusnya, klik pada butang “Continue”.
- Pengguna perlu mengisi semua butiran yang diperlukan termasuk ID Pengguna, kata laluan, kunci keselamatan, nama ibu dan alamat e-mel.
- Akhir sekali, klik pada butang “I Agree & Submit“.
Cara Buka Dan Login CIMB Click Online
Jika anda ini login cimb click malaysia untuk check balance atau transfer online, anda perlu daftar dan buka CIMB Clicks.
Berikut adalah panduan log masuk dalam talian bank CIMB:
- Layari https://www.cimbclicks.com.my/clicks
- Masukkan User ID & klik Login
- Tanda butang yang tertera sekiranya SecureWord anda betul
- Masukkan pula Password/ Kata laluan yang telah ditetapkan
Terlupa Kata Laluan
Jika anda terlupa kata laluan (CIMB Click Forgot Password) anda, sila ikuti langkah di bawah untuk dapatkan password baru :
- Klik ‘Forgot Password‘ pada halaman Log masuk.
- Pilih produk yang anda gunakan untuk mendaftar untuk Clicks.
- Masukkan butiran produk anda (cth. nombor kad 16 digit & pin ATM)
- Masukkan & sahkan kata laluan baharu anda.
- Minta & masukkan TAC. Selesai!
Cara Dapatkan Dan Semak Penyata CIMB Bank
Untuk dapatkan penyata bank CIMB secara online, berikut adalah langkah-langkahnya :
- Log masuk CIMB Clicks
- Tekan My Account >Type SA PASSBOOK/ECOSAVE SA-i
- Tekan 3 tanda bertitik dan pilih View/ Download eStatement
- Anda kini boleh download dan print penyata anda
Cara Renew CIMB Debit Card
Jika anda nak tukar kad CIMB anda kerana expired, anda boleh buat secara online sahaja.
- Pergi ke https://apply.cimb.com.my/
- Masukkan IC dan Nombor Kad Debit anda
- Selesai
FAQ & Soalan Lazim
Terlupa password CIMB Clicks?
Jika anda terlupa, tekan Forgot Password di login page & ikuti setiap langkah yang diberikan.
Apa nombor Customer Service CIMB?
Sila hubungi CIMB hotline di 03-6204 7788.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang permasalahan dan pertanyaan, sila hubungi CIMB customer service di talian 03-62047788