Di saat pembedahan berlangsung, daging kaki si lembu berkaki 6 itu agak tebal untuk dipotong. Nyawanya di hujung tanduk/kritikal/bertarung nyawa. Bagaimnpun pembedahan tersebut berjaya dilaksanakan, dan lili yang dilahirkan dengan 6 kaki di sebuah ladang di Weissenburs, Switzerland sekarang sedang menjalani proses penyembuhan di pusat jagaan binatang Alpine. Lili yang lahir pada 14 feb di daerah Simmental dengan dua kaki tambahan yang bersambung dibahagian bahu itu sempat menjadi berita hangat di seluruh dunia.
Pada awalnya doktor menjangkakan hayat lili tak akan panjang. Tetapi menginjak dewasa, lili malah mampu melarikan diri dari kawasan padang ragut, hal ini menyebabkan pemiliknya tak sampai hati utk
mematikan lili. Kerana lili sangat bersemangat dalam menjalani hidup! Sebaliknya bagi Andreas Knutti, dia memilih untuk tidak mematikan lili tetapi menjualnya dengan harga $1420 kepada seorang pencinta haiwan yang sanggup membiayai pembedahan lili.
Tanggal 14 Jun, sekumpulan doktor haiwan di Bern telah menjalankan pembedahan lili. Mereka membuang kaki tambahan dan mengesan bengkokan di tulang belakang lembu tersebut semasa proses 4jam rawatan yang menelan belanja sebanyak $1300. Bagaimanapun, akhirnya para doktor haiwan yang merawat lili mengesahkan bahawa lili sudah bebas dari sebarang kecacatan dan sekarang sudah pulih sepenuhnya